Mengapa harus...


"MENGAPA harus kita menghabiskan waktu MEMIKIRKAN perkara yang BURUK, MENGECEWAKAN dan MENYAKITKAN
sedangkan kita sebenarnya mampu untuk MENEMUKAN banyak hal yang INDAH dan BAIK di sekeliling kita...”

HULUBALANG

JANGAN KLIK ATAS!

Sabtu, 3 Mac 2012

#51 Banyak 'LIKE' dapat apa?



Assalamualaikum  w.b.t dan selamat sejahtera semua..

Manusia ini pelik-pelik kan? Ada perkara yang bagi kita tak penting tapi bagi seseorang itu sangat penting. Bagi kita benda itu remeh tapi tidak bagi dia. Baginya perkara tersebut sangat besar dan perlu diberi perhatian. Entri kali ini aku tak nak mula dengan intro panjang-panjang. Aku akan terus kepada subjek. Entri ini berkaitan like di Facebook.

Sebelum ini aku tak pernah kisah pun tentang perkara ini sehinggalah ada yang bertanya. Bukan seorang dua yang bertanya. Aku tak pernah terfikir pun sebenarnya tentang hal ini. Soalan-soalan tersebut  adalah seperti berikut :

  “Wan, kalau ang buat status di facebook, mesti ramai yang like. 
Ada apa-apa rahsia ke?”

“Aku nak dapat 10 like pun susah, ang senang-senang je aku tengok. 
Ang buat macam mana?”

Ada beberapa soalan lagi tapi semuanya lebih kurang sahaja seperti di atas. Sebenarnya aku dah pernah jawab pun sebelum ini.. Aku nak buat satu analogi mudah. Kawan aku 1000 orang, kawan ang ada 100 orang. Secara logiknya mestilah kawan aku yang lebih banyak baca status yang aku buat berbanding kawan-kawan ang yang 100 tu. Betul tak? Jadi, mestilah aku dapat like yang banyak berbanding status yang ang buat. Setuju?

 “Masalahnya Wan, kawan aku lagi banyak daripada kawan ang? Macam mana tu???

Adeh, pulak dah! Aku tak ada jawapan untuk itu. Mungkin kebetulan saja. Ermm.. tapi pernah seorang kawan aku cakap, ada suatu ketika tu apabila aku buat status, dia tunggu dekat profil aku itu untuk kira berapa LIKE yang aku dapat. Haha.. Dah tak ada kerjalah tu! Macam-macam manusia ni kan..?

Aku nak tanya dekat semua. Banyak LIKE ni boleh dapat apa? Tak dapat apa pun kalau banyak orang like status kita. Lainlah kalau satu like tu bersamaan dengan 10 sen. Patutlah juga nak dibanggakan. Hehe.. Orang like ataupun tidak, dia tetap baca status kita sebenarnya. Dia tak like bukan bermaksud dia tak suka. Dia like juga mungkin bukan sebab status kita tapi sebab KITA. Maksud aku adalah ada orang yang setiap kali kawan dia buat status, dia tidak pernah lupa nak like sebab itu KAWAN dia. Kadang-kadang tak bacapun status tu. Hakhak.


Walau bagaimanapun, aku bersedia berkongsi sedikit tips yang aku rasa dapat menambahkan orang untuk like status anda itu tanpa sebarang bayaran yang dikenakan. Kah kah kah

1. MASA. Jika anda semua perasan, aku tulis status kebanyakannya dalam jam 8.00 malam – 9.00 malam. Bagi aku masa ini sangat sesuai kerana inilah masa yang paling ramai orang online.

2. BILANGAN STATUS. Ramai yang cakap aku ni rajin tulis status tapi kalau perasan, aku tulis status SATU sahaja setiap hari. Yang banyak tu mungkin post lain seperti lagu, link laman web ataupun gambar. Itupun tak lebih dari tiga. Jika rasa ketagih sangat nak tulis status, bukalah akaun tweeter dan tulislah apa sahaja yang terbuku di hati sebab di tweeter, 100 status setiap hari itu adalah normal. Cuma kalau status itu membawa ke arah kebaikan, bagi aku tak ada masalah berapapun sebab dapat beri peringatan dekat orang lain juga.

3. STATUS KENA UMUM. Setiap status yang aku buat, aku akan pastikan semua orang dapat ambil bahagian. Maksud aku, status aku tu bersifat umum dan tidak khusus pada siapa-siapa. Jika aku nak tujukan status tersebut kepada sesiapa, aku akan terus tulis dekat profil dia. Aku tak akan tulis dekat wall aku dan tag nama dia. Tidak sama sekali. Buat masa inilah. Hehe..

4. VARIASI STATUS. Kadang-kadang aku tengok ada orang yang tulis status sama sahaja setiap hari. Contohnya seperti di bawah ini yang semuanya tentang makanan..

“Hari ini saya makan kuaci, sedap…”
Malam ni saya ingat nak makan KFC, dah lama tak makan..”
“Petang tadi ada orang belanja saya Choki-choki..”

5. FIKIR SENDIRI. Semua nak kena suap, susahlah. Hehe. Sebelum tulis tadi aku rasa macam banyak. Nantilah aku sambung lain. (Jangan haraplah aku nak sambung, memang sampai sini entri ni. Haha)


p/s : Hampir tiga tahun aku buka akaun facebook ini dan hingga ke hari ini, aku tak pernah LIKE status sendiri. Keh keh keh. Jangan marah geng. Peace! =)

......

Lihat ini juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...