1. AKU?
Aku..
Siapa aku?
Perlukah aku cari siapa aku?
Adakah aku betul-betul aku?
Walau apapun aku tetap aku!
Tapi betulkah aku?
Bagaimana jika aku bukan aku?
Bagaimana pula aku ingin menjadi aku?
Silapkah aku?
Bolehkah aku jadi sentiasa aku?
Aku cuma harap aku jadi aku,
Bukan berbeza dengan diri aku,
Yang pasti aku adalah aku..
Aku bertuah dilahirkan sebagai seorang aku..
Itu aku?
Bagaimana dengan tanggapan orang kepada aku?
Adakah sama dengan aku?
Ataupun berbeza dibandingkan dengan aku?
Hmm..Aku tak kisah apa orang fikir tentang aku,
Aku sedar setiap kelemahan dan kekurangan aku,
Hanya aku tahu apa yang tersirat dalam sanubari aku.
Jangan cuba nak permainkan aku!
Jangan cuba ingin tipu aku!
Jangan cuba mahu datangkan masalah kepada aku!
Yang aku tahu, aku mahu terus jadi aku!
Tapi mampukah aku?
Tahukah aku,
Ramai lagi orang di luar sana seperti aku..
Ahhh..Itu semua hanya bayangan aku!
Nyah daripada pemikiran aku..!
Egokah aku?
Kolotkah aku?
Itukah aku?
Aku yakin dengan prinsip aku,
Aku adalah aku,
Aku sentiasa aku,
Dan aku tetap aku
ITULAH AKU...
P/S : Apa pendapat anda tentang 'aku'?
Sofuan Saadon,
Pengkalan Hulu, Perak
24/11/2005
2. KITA HARI INI
Hari ini aku melihat,
Melihat mereka berlari-lari,
Berlari-lari mengejar dunia,
Dunia ibarat sebagai syurga,
Syurga mengumpul segala benda,
Benda tiada menjadi ada,
Ada sehingga mereka lupa,
Lupa segala hanya seketika,
Seketika sebelum kita dipanggil,
Dipanggil oleh yang Maha Esa.
Hari ini aku mencari,
Mencari di mana tulusnya hati.
Hati manusia semakin parah,
Parah luka akibat kesumat,
Kesumat mereka yang tak pernah sudah,
Sudah berkali mereka tersedar,
Tersedar dari kesilapan diri,
Diri bongkak menunjuk taji,
Taji tajam angkara terleka,
Terleka dengan anasir diri.
Hari ini aku keliru,
Keliru aku kerana kita,
Kita semua mencari darjat,
Darjat mampu mendapat kuasa,
Kuasa di tangan sebagai amanah,
Amanah dipikul disalahguna,
Disalahguna angkara diri,
Diri terkesan kerana kita,
Kita mencari kita juga yang merosakkan.
Hari ini aku merasa,
Merasa satu kehilangan,
Kehilangan yang teramat besar harga,
Harga yang perlu dibayar,
Dibayar jika bersikap alpa,
Alpa dengan peri pentingnya jiwa,
Jiwa yang bersih dan murni,
Murni dalam menempuh pancaroba,
Pancaroba yang penuh dengan segala.
p/s : Berkata aku tanpa suara, menangis aku tanpa air mata..
Melihat mereka berlari-lari,
Berlari-lari mengejar dunia,
Dunia ibarat sebagai syurga,
Syurga mengumpul segala benda,
Benda tiada menjadi ada,
Ada sehingga mereka lupa,
Lupa segala hanya seketika,
Seketika sebelum kita dipanggil,
Dipanggil oleh yang Maha Esa.
Hari ini aku mencari,
Mencari di mana tulusnya hati.
Hati manusia semakin parah,
Parah luka akibat kesumat,
Kesumat mereka yang tak pernah sudah,
Sudah berkali mereka tersedar,
Tersedar dari kesilapan diri,
Diri bongkak menunjuk taji,
Taji tajam angkara terleka,
Terleka dengan anasir diri.
Hari ini aku keliru,
Keliru aku kerana kita,
Kita semua mencari darjat,
Darjat mampu mendapat kuasa,
Kuasa di tangan sebagai amanah,
Amanah dipikul disalahguna,
Disalahguna angkara diri,
Diri terkesan kerana kita,
Kita mencari kita juga yang merosakkan.
Hari ini aku merasa,
Merasa satu kehilangan,
Kehilangan yang teramat besar harga,
Harga yang perlu dibayar,
Dibayar jika bersikap alpa,
Alpa dengan peri pentingnya jiwa,
Jiwa yang bersih dan murni,
Murni dalam menempuh pancaroba,
Pancaroba yang penuh dengan segala.
p/s : Berkata aku tanpa suara, menangis aku tanpa air mata..
3. PUISI BUAT LISA
Oh Lisa
Aku karang puisi ini
Puisi cintaku untukmu..
Oh Lisa
Aku rindu kamu
Aku sayang kamu..
Oh Lisa
Walaupun jauh,
kita sabar menunggu..
Walaupun kau busuk,
Kau tetap di hatiku..
Hanya puisi ini
Ku cipta untukmu
Penawar rindu
Pengganti diriku..
Bila kau sedih, aku turut rasakannya..
Bila kau gembira, aku rasa bahagia..
Kini kau pergi,
tinggal aku sendiri,
Aku sepi, tanpa kamu di sisi..
Aku rela undur diri demi lihat kau bahagia,
kerna aku tahu mencintai tak semestinya memiliki..
Aku tak bersedih dengan kebahagiaan yang pergi,
kerana aku pasti ada bahagia lain yang menanti..
Walau kau tak aku miliki,
Melihat kau bahagia sudah cukup buat aku bahagia.. :(
Oh Lisa
Peritnya aku rasa
Oh Lisa
Moga kau bahagia.....
Moga kau bahagia.....
OH LISA
KAU BUKAN LAGI MILIK KU~
p/s : Lisa bukan nama sebenar. Jangan saman saya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan