Mengapa harus...


"MENGAPA harus kita menghabiskan waktu MEMIKIRKAN perkara yang BURUK, MENGECEWAKAN dan MENYAKITKAN
sedangkan kita sebenarnya mampu untuk MENEMUKAN banyak hal yang INDAH dan BAIK di sekeliling kita...”

HULUBALANG

JANGAN KLIK ATAS!

Rabu, 15 Ogos 2012

#55 HARI RAYA – Kenapa Perlu Bersedih?


Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kepada semua..

Apa khabar semua? Aku harap anda semua yang membaca entri aku ini dalam keadaan sihat hendak-Nya. Alhamdulillah, sedar tak sedar malam ini sudah malam ke 27 Ramadhan. Cepat betul rasa masa berlalu kan? Lagi beberapa hari lagi kita akan tinggalkan Ramadhan dan menyambut Syawal. Kadang-kadang aku terfikir juga sama ada aku ini masih sempat untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun depan atau tidak..

Apabila menjelang sahaja hari raya telah menjadi kebiasaan stesen-stesen radio akan mendendangkan lagu raya untuk membangkitkan mood hari raya itu. Aku tak pasti sebabnya tapi banyak daripada lagu-lagu tersebut adalah lagu-lagu raya yang sedih, sayu dan pilu. Bukankah kita patut bergembira kerana kita telah berjaya mengharungi bulan Ramadhan dengan sempurna? Insya-Allah.. Diharapkan semua amal ibadat yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini akan berterusan dan tidak hanya terhenti di sini sahaja. Pesanan ini adalah untuk diri aku dan kepada semua. Semoga kita semua sentiasa intiqamah. Mudah-mudahan..


Bagi yang telah lama mengikuti blog aku ini mungkin perasan bahawa aku jarang untuk memperkatakan tentang keluarga aku. Jika ada pun mungkin dalam 2,3 entri sahaja. Selebihnya adalah entri-entri yang aku rasa kurang mendatangkan faedah kepada pembaca. Huhu.. Apapun aku pernah cakap bahawa penulisan ini sebagai satu terapi kepada diri aku walaupun aku sendiri jarang menulis. Hakhak!

Jika ikut kiraan matematik, ini adalah entri aku yang ke 55. Adakah anda semua telah membaca kesemua entri-entri yang pernah aku tulis? Jika belum anda tergolong dalam golongan yang rugi. Haha.. Aku bergurau sahaja. Sebenarnya tak banyak perkara yang menarik pun dalam blog aku ini.

Baiklah, sebenarnya tahun ini genap 8 tahun aku dan keluarga beraya tanpa arwah abah. Arwah abah telah kembali ke Rahmatullah pada 5 Disember 2004. Aku pernah menulis entri berkenaan ini. KLIK DI SINI. Mungkin ini salah satu penyebab aku tidak berasa sangat untuk beraya selain disebabkan umur yang semakin meningkat. Jika kanak-kanak dahulu sangat seronok beraya. Maksud aku kutip duit raya. Aku masih ingat pernah kena halau dengan Puan Emak sebab balik rumah awal. Hahaha.. Sungguh indah saat itu untuk dikenangkan!

Selalu orang cakap, kalau ada seeorang itu mahu meninggalkan kita selama-lamanya, pasti ada tanda-tanda sebelum itu. Ermm, entahla.. Bagi aku tiada yang pelik di saat akhir arwah abah sebab arwah tidak sakit apa-apa. Sudah ajal orang kata. Tidak dapat diawal atau dilambatkan walau sesaat. Cuma satu perkara yang aku betul-betul perasaan...

Ketika hari raya tahun 2004 itu (hari raya terakhir kami bersama arwah abah), arwah abah beria-ria menyuruh kami berkumpul ramai-ramai untuk bergambar. Padahal sebelum ini arwah abah bukanlah seorang yang suka bergambar. Dan itu juga adalah gambar terakhir kami bersama arwah abah dan juga gambar terakhir kami 7 beradik bersama. Sekarang masing-masing sudah berkeluarga jadi agak sukar untuk kami semua berkumpul seperti ini lagi.

Raya terakhir bersama abah '04

Sofuan : Semoga roh arwah abah kami iaitu Allahyarham Saadon bin Abu Hasan dicucuri rahmat hendak-Nya. Al-Fatihah..

.......



3 ulasan:

  1. kita serupa..pertama kali raya tanpa ayah dan tahun lepas gambar terakhir beraya dgn ayah..

    Al-fatihah.

    BalasPadam
  2. huhu..sy juga.tpi sentiase cube bahagiakan Puan Emak supaya dia tidak terase sgt kehilangan abah sy....awk pon jgn sedey2 okeh.selamat hari raya...

    BalasPadam
  3. aku lah pejuang reformasi sebenarnya...
    aku tengah membuat mutiara sungai khas kuciptakan untuk Suzy Suriyati Sabtu SSS No. 10 Lorong Dua Kampung Behor Gonchar 01000 Kangar perlis...





    BalasPadam

Lihat ini juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...