Mengapa harus...


"MENGAPA harus kita menghabiskan waktu MEMIKIRKAN perkara yang BURUK, MENGECEWAKAN dan MENYAKITKAN
sedangkan kita sebenarnya mampu untuk MENEMUKAN banyak hal yang INDAH dan BAIK di sekeliling kita...”

HULUBALANG

JANGAN KLIK ATAS!

Selasa, 6 Disember 2011

#20 AKU DAN UBAN ABAH

Kira-kira 13 tahun lalu..

Abah : Wan, boleh tolong abah tak?
Aku : Boleh, tolong apa abah?
Abah : Tolong cabut uban abah boleh tak?
Aku : Boleh abah tapi dapat upah tak?
Abah : Satu uban abah bagi 10 sen.
Aku : Nak-nak. Sekarang jugak Wan cabut..
Abah : Dah berapa Wan?
Aku : 10 dah!
Abah : Cukupla tu..
Aku : Aik, kenapa abah? Kan banyak lagi ni?
Abah : Esok wan cabut lain. Kalau cabut semua, nanti botak kepala abah..
Aku : Hehe.. Betul jugak kan abah!

Beberapa tahun selepas tu, baru aku sedar yang abah tak bagi aku cabut lebih daripada 10 setiap kali aku cabut sebab tak mampu nak bayar upah lebih daripada itu…

***************

Di atas ini adalah perbualan aku dengan arwah abah yang aku tak akan lupa sampai akhir hayat aku.. Berikutnya pula aku nak kongsikan sedikit luahan rasa kakak aku yang sempat dia tulis pada 19 Jun 2011 yang lalu sempena Hari Bapa Sedunia..

Abah...
5 Disember 2011 
Genap 7 tahun pemergianmu
Seperti baru semalam aku terasa
Masih ku ingat malam 4 Disember 2004,
Abah ajak makan durian...jam 11 malam
Tapi aku menolak..mata dah mengantuk
Ayat yang keluar dari mulut abah,
"Jangan menyesal tau..."

Kalaulah aku tahu itu ayat terakhir abah untuk aku,
Pastinya aku tak akan tolak
Mungkin itulah kata-kata dari abah..
Yang sudah tahu hari pemergiannya
Cuma aku yang tak sedar..

Tarikh keramat 6 Disember 2004...
Hari lahirku... 
Itulah berita sedih yang perlu aku terima...
Itulah tarikh abah disemadikan,
Pada tarikh aku dilahirkan..

Apapun aku harus redha dengan pemergian abah buat selamanya..
Semoga abah sentiasa berada dalam golongan orang-orang yang beriman..
Al-fatihah..

Nora Saadon
Pengkalan Hulu, Perak.

Kakak aku (N0ra Saadon) bersama adik bongsu aku (Farhana) di pusara arwah abah..

p/s : Semalam 5  Disember 2011, genap 7 tahun pemergian ayah saya, Allahyarham Saadon bin Abu Hasan ke hadrat Ilahi. Sungguh cepat rasa masa berlalu. Bagi sahabat-sahabat yang masih mempunyai ibu dan ayah, marilah kita sama-sama doakan kesejahteraan mereka.. Sahabat2 yang telah membaca nota ini diharap dapat sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ayah saya dan kepada semua yang telah pergi meninggalkan kita.. Terima kasih..

"Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah selama-lamanya.."


Ayah aku rasa sunyi
Sejak kehilanganmu di dunia ini
Di saatku meniti
Kejayaan ini..


......

1 ulasan:

Lihat ini juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...