Mengapa harus...


"MENGAPA harus kita menghabiskan waktu MEMIKIRKAN perkara yang BURUK, MENGECEWAKAN dan MENYAKITKAN
sedangkan kita sebenarnya mampu untuk MENEMUKAN banyak hal yang INDAH dan BAIK di sekeliling kita...”

HULUBALANG

JANGAN KLIK ATAS!

Selasa, 31 Januari 2012

#45 Aku dan Selesema

Sekarang ni musim orang tak sihat ke ha? Sekarang ni aku dengan Puan Emak sama-sama kena demam selesema. Aku tak pastilah siapa yang bawa virus ini dulu. Huhu.. Petang tadi pun aku ada sembang dengan Puan Emak tentang hal ini..

Emak : Hang demam selesema juga ke? Nah ambil ubat ni.. (Puan Emak menghulurkan ubat selesema dekat aku..)
Aku : Tak naklah mak. Nanti kalau makan ubat mesti mengantuk. Rugi masa kalau tidur banyak nanti.
Emak : Alah.. hang tu tak makan ubat pun banyak tidur jugak.
Aku : Adeh. Tak sempat tepis!


Boleh tahan pedih ayat tu. Memang terbaiklah Puan Emak. Apapun bagi yang tak sihat disebabkan demam tu, aku nak kongsikan sedikit tips. Diharap tips atau petua ini dapat melegakan sedikit penderitaan anda itu. Hehe..

Sedikit petua legakan demam selesema

1. Minum air mineral sebanyak mungkin. ( haba panas badan anda akan keluar apabila anda membuang air kecil.)

2. Makan banyak buah buahan.

3. Ambil ubat/panadol selepas makan.

4. Kalau tak lalu makan, cuba makan juga.

5. Elakkan mandi waktu malam. ( anda panas di dalam sebenarnya, bukan di luar. Kalau anda mandi panas tersebut akan berlawan dan anda mungkin jadi lebih teruk.)

6. Setiap kali anda bersin, pergi cuci muka dan masukkan air ke dalam hidung dan hembus keluar. Sebabnya? Apabila anda bersin, kuman akan keluar, jadi cepat-cepatlah basuh sebelum kuman tu masuk semula ke dalam badan anda. 

7. Jangan banyak berfikir tentang penyakit anda. Cuba buat macam biasa, buat aktiviti macam biasa. Jangan juga bermalasan dan tidur sepanjang hari sebab perkara-perkara seperti ini akan menyebabkan demam selesema semakin melarat.

Dah macam doktor aku ni kan? Hehe. Akhir kata terimalah serangkap pantun daripada aku..

Apabila selesema menyerang,
Tidurpun jadi tak tenang,
Hidung ni rasa nak buang,
tapi rasa sayang. Huhu..

p/s : Eh, pantun ke tu?


......



Ahad, 29 Januari 2012

#44 Beli Cincin Sekarang?

[Gambar Hiasan]

Tengah hari tadi, aku telah teman Puan Emak dan kakak aku, Nora Saadon pergi ke pekan untuk beli keperluan dapur. Semasa di dalam kereta untuk perjalanan pulang ke rumah, banyak perkara telah kami bualkan. Di sini aku ingin kongsikan perbualan tersebut yang menarik bagi aku..

Puan Emak : “Nora, harga emas sekarang tinggi kan?
Nora : “Namapun emas mak, mestilah harga semakin naik.”
Puan Emak : “Ha Wan.. Kalau macam tu baik hang beli cincin sekarang. Nanti akan datang mesti naik harga lagi. Beli siap-siap senang..”
Nora : “Boleh ke macam tu mak? Macam la dia tahu saiz jari bakal isteri dia tu sekarang.”
Puan Emak : “Beli dulu.. Nanti kalau dah tahu saiz dan tak muat atau besar boleh tukar ikut harga emas tu. Masa tu pun mesti harga lebih tinggi daripada harga yang kita beli.”

******

Aku : “Kalau macam tu lebih baik kita beli beras, gula, garam dan yang seumpamanya waktu sekarang mak. Kita buat stok. Akan datang mesti harga mahal..”, aku berkata dalam hati. Hehe.

p/s : Aku tak pasti Puan Emak serius ataupun main-main. Kalau bagi duit, sekarang juga aku pergi cari. Tak ada duit nanti, boleh gadai. Hakhak.

.......

Jumaat, 27 Januari 2012

#43 Tanggungjawab?

Aku pernah tanya satu soalan dekat adik bongsu aku..

Aku  : Nana, seronok tak jadi kanak-kanak?
Adik : Seronok!
Aku  : Seronok sebab apa?
Adik : Sebab boleh main! (Spontan dia jawab..)
Aku  : Seronoklah, Nana tak ada tanggungjawab..
Adik : Tanggungjawab? Apa tu?
Aku  : (Sekadar tersenyum..)


 Ya adikku, satu masa nanti Nana akan tahu apa erti ‘tanggungjawab’ itu.
Semakin meningkat usia, semakin besar tanggungjawab kita
seiring dengan keperluan dan kehendak semasa..

......

Khamis, 26 Januari 2012

#42 Kisah Wan dan Lisa

Wan : Apa awak akan buat kalau saya tumbuk awak?

Lisa : Saya akan tumbuk awak balik!

Wan : Kalau saya tampar awak?
Lisa : Saya akan tampar awak balik!

Wan : Kalau saya sukakan awak?
Lisa : ……………?


Hari ini ia datang jangan biarkan ia pergi, esok kalau ia masih bertandang, 
jangan harap ia akan datang kembali..

......


Rabu, 25 Januari 2012

#41 Ustaz Kazim - Ujian Kepada Orang Perempuan

video
Kredit : Sinarmawaddah

#40 Siapa nak jaga mak?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Jika anda perasan aku tak banyak cerita tentang diri aku atau keluarga aku dalam blog aku ini.  Sejak dari awal aku buat blog ini pun aku cuba elak untuk tulis tentang diri aku ataupun tentang keluarga aku. Entri kali ini juga aku tak pasti sama ada ianya perlu atau  tidak. Akhirnya aku ambil keputusan untuk teruskan sahaja menaip. Tak salah sekali sekala tulis tentang diri aku dan keluarga kan? Hehe. Semua yang aku tulis ini adalah segala yang terdapat dalam fikiran aku dan apa yang aku rasa sekarang. Seandainya suatu hari nanti aku dah ubah fikiran, aku akan padam entri ini. Bukan apa, cerita tentang diri aku terlalu eksklusif untuk dikongsikan kepada umum. Hakhak!

---------------------------------------------
Alhamdullillah, hari ini 24 Januari 2012 telah selesai majlis perkahwinan antara kakak aku, Nora Saadon dengan pasangannya, Ibrahim di rumah keluarga lelaki. Majlis perkahwinan di rumah pihak perempuan telah diadakan pada 22 Januari 2012 yang lalu iaitu 2 hari yang lepas. Pasangan ini telah bernikah pada 21 Januari 2012 bertempat di Masjid Felda Nenering. Terima kasih kepada semua yang hadir pada hari tersebut.

Kad Kahwin

Aku mohon maaf jika ada orang yang aku terlepas pandang atau terlupa untuk jemput ke majlis perkahwinan tempoh hari. Encik Ayah pun dah 7 tahun pergi. Jadi, semuanya kami sendiri yang kena uruskan. Puan Emak pun bukan sihat sangat. Aku dengan abang aku yang sedikit bertungkus-lumus untuk memastikan majlis perkahwinan tersebut berjalan dengan lancar. 
Kelam-kabut juga pada mulanya. Maaf jika ada kekurangan dalam majlis tempoh hari. Terima kasih kepada jiran-jiran dan sanak-saudara yang banyak membantu. Di sini aku ingin kongsikan beberapa gambar pada hari tersebut.

Aku terima nikahnya..

Abg Zahid : Khusyuk je tengok orang akad nikah. Tak lama dah tu.
Aku : Keh keh keh

Makan biadap BERADAB

Puan Emak dan Ayong (Kakak Sulung)

Puan Emak bersama Mak Angkat. Terima kasih kepada Umi Maimunah yang
hadir ke majlis perkahwinan tempoh hari. Dua-dua mak aku sayang.
Seorang lagi mak angkat  yang turut hadir ada di dapur barangkali. 4 lagi mak 
angkat tak dapat datang. Bertuah saya banyak mak. Hehe..

Beberapa hari sebelum majlis perkahwinan ini berlansung, Puan Emak kami pernah berbual sesuatu dengan aku. Perbualan kami itu adalah seperti berikut..

Puan Emak : Kak Lang (Kak Nora) pun dah nak kahwin. Nanti tinggallah mak seorang dekat rumah.
Aku : Taklah mak. Putih kan ada.
Puan Emak : (Cuma tersenyum)


"Nama saya Putih, nama kamu?"

Buat pengetahuan semua, di rumah sekarang hanya ada Kak Nora, adik bongsu aku dan juga Puan Emak. Adik beradik lain semua kerja dan berada di luar. Adik bongsu aku sekarang tahun 5. Aku nampak potensi dia dalam akademik adik bongsu aku ni. Aku yakin dia mampu dapat keputusan yang baik dalam UPSR nanti dan mungkin juga akan sambung persekolahan dalam peringkat menengah di sekolah yang jauh dari rumah seperti adik aku seorang lagi, Haafiz Saadon. Jika itu berlaku, Puan Emak akan keseorangan di rumah ditemani Si Putih yang tidak lagi putih selepas bermain debu tanah. Aku pula pada waktu itu berkemungkinan besar telah habis pengajian di universiti dan jika ada rezeki akan terus dapat penempatan di mana-mana sekolah sebagai seorang guru muda kacak yang diminati dan digilai oleh pelajar sekolah. Tak sabar tunggu saat itu! Keh keh keh. 

Walau bagaimanapun, masa masih lagi panjang. Segala yang kita rancang belum tentu dapat seperti yang dihajati. DIA yang tentukan segalanya. Semoga semuanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja hendak-Nya. Insya-Allah, kami adik-beradik akan cuba sedaya upaya untuk menjaga dan membahagiakan Puan Emak kami. Saya harap anda semua pun begitu juga.. :)

Kami 7 beradik. Al- Fatihah buat arwah abah kami..


******

p/s : Siapa nak tolong jaga puan Emak kami? Hehe..

......


Rabu, 18 Januari 2012

#39 TIPS UNTUK ORANG TAK HENSEM

1. Jangan putus asa, tidak semua orang menilai manusia daripada ciri fizikalnya, boleh juga dinilai daripada rumahnya, keretanya, pangkatnya, atau wang simpanannya ^^
DONT JUDGE THE BOOK BY THE COVER

2. Jangan salahkan diri anda kalau anda tak hensem, salahkanlah orang tua, kerana tak hensem itu keturunan.. betul tak??
LIKE FATHER LIKE SON

3. Perbaiki kecantikan dalaman anda, itupun kalau anda rasa sisi luar anda memang hampeh.
THE BEAUTY IS UNDER THE SKIN

4. Jangan sakit hati kalau dikatakan tak hensem, buat tak tahu sahaja. Ingat film Beauty and The Beast kan?
NO GAIN WITHOUT PAIN

5. Jadilah diri anda sendiri, kalau anda tak hensem, bersyukurlah. Mungkin kalau anda hensem anda akan banyak dosa.
JUST BE YOURSELF

6. Kalau orang lain menilai anda tak hensem, jangan ambil hati, penilaian manusia tidak selalu benar (mungkin anda sebenarnya lebih tak hensem lagi. Huhu)
THE TRUTH IS OUT THERE

7. Yang cakap – tak hensem itu bergantung kepada alam sekitar anda, misalnya anda disini tak hensem tapi di Afrika boleh jadi paling hensem tu bro, jadi pindahlah ke sana dengan segera. Hehe.
THE RIGHT MAN IN THE WRONG PLACE

8. Cinta tidak memandang hensem atau tak hensem. Tak percaya? Tanyakan perkara ini kepada orang yang tak hensem…
LOVE IS BLIND

Kalau anda membaca tips ini sampai habis, bererti anda memang merasakan anda tak hensem.. Kalau anda sendiri rasa diri anda tak hensem, apalagi orang lain yang melihat anda…. Jangan menganggap kalau anda merasa tak hensem itu anda 'low profile.' TIDAK! Kalau anda tersinggung dengan artikel ini, ini bererti betul.. anda memang tak hensem.

Maaf.. cuma bergurau. :)

Dikutip daripada : Isu Hangat



p/s : Tak hensem daripada pandangan orang tak apa, hakikatnya kita dipandang mulia disisi-Nya dengan amalan kita..Insyaallah.


......


Khamis, 12 Januari 2012

LAYANG LAYANG TERPUTUS TALINYA - ALLEYCATS


Berarak mendung kelabu 
Mengekori langkahku 

Sepanjang kehidupan penuh dugaan 
Namun aku tetap aku..

......

#38 Wajah Artis Seiras Anda

Entri kali ini petang kelmarin punya cerita.  Petang hari tu aku rasa bosan tak tahu nak buat apa. Entah macam mana aku rasa macam nak main kuiz dekat facebook. Lagipun aku dah lama tak main kuiz-kuiz ini. Dulu aku rajin juga main kuiz ‘Atok Poyo Giler’ walaupun jawapan yang atok bagi biasanya buat aku sakit hati. Apapun aku sedar jawapan yang atok bagi semua tu jujur. Aku tahu kejujuran itu kadang-kadang memang menyakitkan!

Aku pun carilah kuiz yang sesuai untuk aku main. Cari punca cari aku terjumpa satu kuiz yang berjaya menambat hati aku. Kuiz itu bertajuk ‘Wajah Artis Yang Seiras Dengan Anda’. Apabila tengok sahaja kuiz tu aku rasa teruna teruja nak tahu wajah artis mana yang seiras dengan aku. Kawan-kawan semua pun mesti nak tahu kan? Hehe.

Ada beberapa soalan yang aku kena jawab dalam kuiz tu sebelum dapat jawapan. Semua soalan tu aku jawab dengan sejujur mungkin. Aku memang nak tahu sangat wajah artis yang seiras dengan aku. Aku pun jawab betul-betul dan bersungguh-sungguh. Tak nak main tipu-tipu.. Tak baik! Selepas berjaya jawab semua soalan dengan jayanya, aku terus tekan ‘result’ untuk tahu keputusannya. Semasa tekan keputusan tu jantung aku dah berdebar dah 3 saat. Jawapan yang aku dapat sungguh memberansangkan!

KEPUTUSAN MENUNJUKKAN BAHAWA WAJAH ARTIS YANG SEIRAS DENGAN AKU IALAH.....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Jeng jeng jeng!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Taaaraaaa….

AARON AZIZ. Diulangi AARON AZIZ! Keh keh keh

Aku pada mulanya susah juga nak percaya. Bukan apa, sebelum ini apabila aku cakap wajah aku seiras Aaron Aziz semua orang pandang sinis dekat aku. Semua orang pandang serong dekat aku. Nah, sekarang aku dah buktikan yang semua kata-kata aku bukan AUTA. Tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka. Sekarang aku mohon sesiapa yang sebelum ini pernah tak percaya dengan apa yang aku cakap supaya melutut minta maaf depan aku. Jiwa aku sensitif tahu?

****************

Di sebalik tabir

Psstttt....

Sebenarnya ada satu rahsia aku nak beritahu ni.. Kita sama-sama rahsiakan perkara ini. Boleh? Orang kata ‘biar pecah di perut, jangan pecah di mulut’. Kalau nak tahu, aku bukan dapat terus Aaron Aziz ni. Banyak kali aku cuba kuiz ni semata-mata untuk dapat keputusan Aaron Aziz.  Tak ingat berapa kali aku cuba. Sebelum Aaron Aziz, aku dapat artis lain dulu sebenarnya. Mohon jangan sesiapa gelakkan aku demi menjaga hati aku. K BYE!


MR OS!

Datuk M. Daud Kilau!


p/s : Apa jua spesis anda, tak kira siapa anda, anda tetap mempunyai hak untuk tampil dengan gaya tersendiri..

......


Selasa, 10 Januari 2012

#37 AKU KAN ABANG!

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera..

Nota ini khas untuk mereka yang bergelar abang dan mereka yang bergelar adik kepada seorang abang..

Sebelum itu kita lihat dialog iklan DIGI di bawah..

ADIK: Kenapa abang selalu buli aku??? 
ABANG: SEBAB AKU KAN ABANG!!! Hahaha..

Sejujurnya aku paling tak suka dengan dialog ini. Dialog iklan ini sentiasa menghantui aku ke mana sahaja aku pergi… Hmm, abang aku lahir dekat dunia ni memang untuk buli aku ke haa..???

*********************

Oh Abangku, 

Aku tulis nota ini untuk kau sebab sekarang aku rasa aku dah tahu sebab kau buli aku dulu. Aku tahu kau lelaki yang gagah perkasa memang suka buli aku insan yang lemah ini. Aku hairan sebab kau suka larang aku buat sesuatu perkara itu tetapi kau sendiri buat benda tu. Bagi aku ianya lansung tak adil! Cuba kau tengok balik apa yang kau buat tapi aku lansung tak ada peluang nak buat!

--------------------------------
Masa aku kecil dulu, kau selalu cakap macam ni..

"Kau ni sibuklah! Aku nak pergi mana-mana pun semua nak ikut. Duduk jelah dekat rumah tu!”

Waah…aku punya bengang masa ni. Ada ke patut kau cakap dekat aku macam ni? Bila aku nak keluar pergi mana-mana dengan kawan, kau tak bagi.. tapi kau tu boleh pula tiap-tiap hari lepak dekat luar!

Itu apa yang aku rasa dululah. Sekarang aku dah faham. Aku tahu sebenarnya dalam hati, kau nak cakap macam ni kan?

"Abang tak nak adik keluar macam budak-budak perempuan lain dekat luar sana tu. Adik kan perempuan. Abang tak nak adik jadi liar. Lagipun tak elok sangat selalu keluar, bahaya.. Abang tak kisah kalau adik nak marah abang pun sebab adik tak tahu lagi dunia dekat luar tu macam mana. Sebagai abang, memang dah tanggungjawab untuk lindung adik abang yang seorang ni. Abang sayang adik. Adik pun adik yang baik kan?” =)

----------------------------------
Kemudian, masa sekolah menengah kau pernah cakap dekat aku macam ni kan? Jangan buat-buat lupa..

"Kau jangan berani nak ‘kaple2’. Kalau aku dapat tahu, aku lempang kau dengan lelaki tu sampai lunyai.. Ada faham?”

Eleh.. Konon-konon nak marah aku kalau tahu aku ‘kaple’. Kau dulu tu macam aku tak tahu. PLAYBOY! Aku boleh senaraikan satu-satu nama awek-awek kau! Mana tidaknya, dapat awek baru, semua cerita dekat aku. Kau ingat aku nak tahu semua tu? Aku ingat lagi masa kau dapat tahu aku ‘kaple’ dulu pun, kau soal lelaki tu macam lelaki tu penjenayah. Dah macam polis aku tengok kau. Hahaha.. Sampai putus aku dengan lelaki tu. 

Apapun, aku tahu yang sebenarnya kau nak cakap macam ini kan?

"Abang bukan apa dik.. Kau jangan mudah sangat percaya dekat lelaki ni. Lelaki yang baik macam abang tak ramai pun dalam dunia ni.Keh keh keh. Abang tak nak adik pilih lelaki yang bukan-bukan. Lagipun abang tahu adik abang ni mudah sangat menangis. Abang tak nak adik bazirkan air mata dengan lelaki-lelaki yang macam tu. Abang tak nak adik abang sedih. Abang nak lelaki yang betul-betul boleh jaga adik abang. Selagi kau tak kahwin, aku yang kena jaga kau tahu? Sebabnya aku kan kan ABANG! Haha.. Boleh dik?

Tak boleh! =)

-----------------------------------
Ada lagi, kau pernah cakap macam ni depan aku..

"Weyh, aku lapar ni. Kau masak cepat. Aku nak air sekali, letak ais banyak-banyak. Masak bagi sedap! "

Lepas dah makan boleh pula kau cakap macam ni, "Weyh..basuh pinggan aku ni. Dapur jangan bagi sepah-sepah. Sakit mata aku tengok tahu?”

Waahhh... Banyak ‘ensem’ kau punya muka. Melampau ni... Kau ingat aku HAMBA ABDI kau.  Pemalas nak mampus.  Cis!

..tapi aku tahu dalam hati kau tu, kau cakap macam ni..

" Adikku, abang sebenarnya nak latih kau jadi isteri mithali.. Bayangkan kalau suami kau nanti macam abang? Adik kena bersedia jadi sekarang.  Tak kan adik nak pejam mata buat tak tahu sahaja kan? Abang yakin, masa tu mesti adik berterima kasih dekat abang sebab ‘buli’ adik dulu. Abang nak adik  jadi isteri dan mak yang baik. Abang juga nak adik abang jadi seorang yang penyabar. Sekurang-kurangnya abang dah ‘train’ adik awal-awal lagi sekarang. Hahaha..”

------------------------------------
Ada lagi ayat kau yang aku tak akan lupa sampai bila-bila..

"Kau jangan pandai-pandai nak kenal dengan kawan-kawan aku. Aku tak suka… tapi aku nak kenal kawan kau tak apa sebab kawan-kawan kau cun. Boleh aku ‘try’. HAHA”

"Kau ingat aku nak sangat ke dengan kawan-kawan kau tu? Aku tak hairanlah. Kawan-kawan aku lagi ramai. Kau tu yang menyibuk nak kawan aku tu tak malu ke ha?"

Hehe.. Sekarang aku dah tahu yang kau sebenarnya nak cakap macam ni..

"Abang bukan apa.. Abang kenal kawan-kawan abang tu. Semua kawan-kawan abang pelik-pelik. Adik abang kan baik. Sebab tu abang jaga adik abang. Harap adik faham.. Aik, salah ke abang nak ‘try’ kawan-kawan adik tu? Dah tu apa guna ‘kehenseman’ abang ni? Cuba cakap..

-------------------------------------
Kau juga pernah cakap dekat aku macam ni..

"Kau ni kenapa ha?? Suka buat aku marah?”

Habis tu kau tak pernah buat aku marah ke? Aku menyampah tengok muka kau tahu tak?
..tapi itu dululah. Sekarang adik tahu yang dalam hati abang tak macam tu kan?


“Abang nak adik biasa kena marah sebab abang nak adik tahu yang dunia ni kadang-kadang kejam. Abang nak kau jadi kuat adikku. Suatu hari nanti bila kau jatuh, abang nak kau bangun semula dan jangan sesekali kau jatuh lagi. Ingat tu dik. Satu pesan abang, jangan kita menghabiskan masa memikirkan perkara yang buruk,mengecewakan dan menyakitkan sedangkan kita sebenarnya mampu menemukan banyak hal yang indah dan baik di sekeliling kita. Kita punya banyak pilihan dik dalam hidup ini…”


SAYANGILAH ABANG KITA. BAIK BURUK CUMA TU ABANG YANG KITA ADA.. :P


p/s : Bagi mereka yang tiada abang, saya bersimpati dengak kalian. Bagi mereka yang ada abang tapi tak berguna, sangat malanglah anda. Hakhak!

Disalin dan diubahsuai daripada : Fb Ili Amirah


......


Lihat ini juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...