Mengapa harus...


"MENGAPA harus kita menghabiskan waktu MEMIKIRKAN perkara yang BURUK, MENGECEWAKAN dan MENYAKITKAN
sedangkan kita sebenarnya mampu untuk MENEMUKAN banyak hal yang INDAH dan BAIK di sekeliling kita...”

HULUBALANG

JANGAN KLIK ATAS!

Sabtu, 7 Januari 2012

#34 16 SEBAB LELAKI BELUM KAHWIN

1. Duit belum cukup
Perempuan mana tahu susahnya lelaki nak kumpul duit untuk bayar mas kahwin, hantaran dan lain-lain. Dah tu mas kahwin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Macam nak jual anak pun ada. Kami kaum lelaki terpaksa makan maggi untuk kumpul duit. Maggi pun dah nak naik harga sekarang tahu?

2. Nak beli kereta dulu
Tak ada kereta perempuan pun pandang kita sebelah mata je. Perempuan sekarang ni mana yang tahan turun naik bas kan? Jatuh standard kalau naik bas tu..

3. Susah nak cari yang berkenan dihati
Memang susah pun. Perempuan sekarang ini ada duit abangku sayang, tak ada duit sayangpun hilang!

4. Tak datang seru lagi kot
Calon pun tak ada, Macam mana nak kahwin?

5. Banyak sangat halangan
Banyak sangat prosedur sekarang ni. Nak kena masuk kursus, ujian HIV lagi. Kemudian, ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kahwin kat Siam dia tak nak!

6. Belum sedia pikul tanggungjawab
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Sekarang ini tanggungjawab terhadap diri sendiri pun belum terlaksana lagi.

7. Ilmu tak cukup lagi
Ilmu batin tu memang dah cukup lama dah. Sejak dapat mimpi basah yang pertama tu kita dah expert dah. Tapi ilmu rumahtangga + soal-soal orang perempuan belum khatam lagi. Takut nanti rumahtangga huru-hara orang salahkan kita pulak!

8. Belum sedia tanggung dosa isteri
Kalau dapat isteri yang 2 x 5, kena bimbing pula, lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri. Dosa sendiri tak tertanggung ni pulak nak tanggung dosa isteri. Hehe..

9. Dah mencubalah tapi dikecewakan
Bukan orang perempuan sahaja yang selalu dikecewakan, orang lelaki pun sering juga dikecewakan. Tu yang kadang-kadang rasa fobia dan trauma nak kahwin tu.. :(

10. Banyak perkara nak kena fikir dulu
Belum kahwin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Lepas kahwin, suami yang tanggung. Banyak perkara yang perlu difikirkan untuk persiapan mental dan fizikal.

11. Jodoh tak sampai lagi kot
Dah berusaha tapi asyik kena 'reject'. Entah apa yang perempuan dok cari tu!

12. Perempuan ni kuat sangat merajuk
Perempuan ini sikit-sikit merajuk. Anak kucing dia hilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curi anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jalan-jalan, makan-makan. Habis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin! :)

13. Perempuan kadang2 payah nak ikut apa yang kita cakap
Perempuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kahwin nanti!!

14. Nak cari yang solehah
Dah jumpa tapi dah berpunya? Tak kan nak rampas orang punya kot.

15. Nak sambung belajar dulu
Awek ada master @ PHD. Takkan kita yang ada SPM ni nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah 'reject'. Mesti kena sama ataupun tinggi lagi pelajaran daripada dia.

16. Saya suka sangat dekat dia, tapi dia tak suka dekat saya
Yang suka tak nak pula dekat saya, yang tak suka ramai pulak. Adoii..

Disalin dan diubahsuai daripada : Tentangcinta.com


......


3 ulasan:

  1. 1. cari lar ompuan yg rendah hantarannya. ngeh3
    2. beli kete mainan sudaaa. yg coklat bentuk kete tuh pom okei. xsapa 3yal hargenya ase. haha
    3. amboi?? demand.
    4. kecian.
    5. alasanG!
    6. kte xkan pernah bersedia selagi belum melaluinya. mcm pekse lar, dop bsedia agi. dop bersedia. last2 pekse berlalu dgn jayanya. ;D
    7. ilmu xkan cukup sapa bile2 pom. klu gune air laut yg ad pom, blum cukup utk tulih ilmu2 Allah nih op? :)
    8. logik!
    9. k.e.s.i.a.n
    .
    .
    .
    14. jadilah soleh, bukan cr solehah. hehe
    15. dh kawen pom bleh blajo ape. blajo lar sehingga ke liang lahad. huhu

    BalasPadam
  2. Tertarik dengan jawapan nombor 6 dan 14 tu..

    BalasPadam
  3. nombor 13 ---> larang perempuan buat perkara yang si lelaki tak suka, tapi si lelaki tetap buat perkara yang si perempuan tak suka..:D rasa macam tak adil kan..:p

    BalasPadam

Lihat ini juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...