Mengapa harus...


"MENGAPA harus kita menghabiskan waktu MEMIKIRKAN perkara yang BURUK, MENGECEWAKAN dan MENYAKITKAN
sedangkan kita sebenarnya mampu untuk MENEMUKAN banyak hal yang INDAH dan BAIK di sekeliling kita...”

HULUBALANG

JANGAN KLIK ATAS!

Rabu, 4 Januari 2012

#32 AYAT-AYAT STANDARD LEPAS JAWAB 'EXAM'

Alhamdullillah, petang tadi aku telah selesai menjawab kertas peperiksaan pertama aku untuk semester 5 ini. Seperti biasa, ada soalan yang aku boleh jawab dan ada juga soalan yang tak tercapai dek akal aku nak menjawabnya.. Yang penting tak ada soalan yang aku tinggalkan kosong. Jika sebelum ini aku pernah kongsikan entri mengenai gejala-gejala pelajar apabila peperiksaan semakin hampir (klik), kali ini pula aku nak tulis tentang ayat-ayat standard yang biasa kita dengar sebaik sahaja pelajar selesai menjawab kertas peperiksaan. Contoh-contoh ayat yang aku berikan ini adalah mengikut bahasa yang digunakan dalam perbualan seharian.



1. “Wei, ang boleh jawab tak soalan tadi?”

2. “Adeh, lain yang aku baca lain yang keluar!”

3. “Gilalah, semua yang aku baca masuk kot..”

4. “Tak cukup masa aku tadi. Banyak lagi yang aku nak tulis sebenarnya. Kalaulah boleh minta masa tambahan. Ermm..”

5. “Aku dah cakap dekat ang, soalan tu mesti keluar punya!”

6. “Nasib baik aku baca nota tu dekat rumah semalam, sedap je aku ‘goreng’ soalan esei tadi.”

7. “Adoi..sayang betullah. Aku dah TERTENGOK pun nota tu semalam. Ingat tak keluar, aku pun tak bacalah.. :’(

8. #$*&!&^/#! Satupun tak keluar soalan spot dalam exam tadi. Penat aku baca je. Huh!

9. “Boleh tahan akak yang kutip kertas jawapan tadi kan? *tiba-tiba* -.-“

10. “Terbaiklah pensyarah. Sebijik-sebijik kot soalan spot keluar. Memang sayang pensyarah ketat-ketatlah!”

11. “Alah, soalan objektif je pun. Bulat-bulat je..”

12. “Soalan yang tadi tu kita pernah belajar ke? Tak pernah tahu pun? LOL

13. “Wei, nak tahu tak? Aku boleh silap tempat duduk pulak tadi. Dengan yakin dan tanpa segan silu pulak tu! Hahaha.. (hampa tak kena bolehlah gelak, aku dah kena dah semester lepas)


p/s : Saya Muhammad Sofuan bin Saadon dengan ini ingin mengucapkan selamat bergelumang dengan nota dan buku kepada kawan-kawan yang SEDANG atau AKAN menduduki peperiksaan akhir.. =)

......


3 ulasan:

  1. Jangan gelak sangat dik, nanti terkentut!

    BalasPadam
  2. sy dh penah tgok org salah tempat. siap argue dgn tuan punye tmpt tu yg asal. hhahahahaha !

    BalasPadam

Lihat ini juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...