Mengapa harus...


"MENGAPA harus kita menghabiskan waktu MEMIKIRKAN perkara yang BURUK, MENGECEWAKAN dan MENYAKITKAN
sedangkan kita sebenarnya mampu untuk MENEMUKAN banyak hal yang INDAH dan BAIK di sekeliling kita...”

HULUBALANG

JANGAN KLIK ATAS!

Khamis, 8 Disember 2011

#22 AKU DAN 'PUBLIC FIGURE'

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Alhamdullillah, kita masih diberi ruang untuk menghirup udara di bumi Allah ini dan menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Malam ini aku nak kongsikan dengan semua satu entri berkenaan AKU DAN 'PUBLIC FIGURE'. 'Public figure' menurut 'google translate' adalah 'tokoh masyarakat' tetapi maksud yang paling sesuai bagi aku adalah 'orang yang dikenali ramai'. Di sini aku tidak hanya meletakkan 'orang' sebagai 'public figure'. Persoalannya sekarang, apa kaitan aku dengan mereka semua ni? Haa.. Ni yang aku nak cerita ni. Sabar semua.. Bawa bertendang bertenang!

1. Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan


Profesor Emeritus Abdullah Hassan adalah penasihat PTS Publications Sdn. Bhd. Beliau adalah seorang bekas ahli akademik terkemuka dalam bidang linguistik bahasa Melayu di Malaysia. Beliau memperolehi Ijazah B.A. (1967) dan M.A. (1969) dalam jurusan Linguistik Bahasa Melayu daripada Universiti Malaya dan Ph.D. (1972) dalam bidang Linguistik Am daripada University of Edinburgh, Scotland.

Beliau memulakan kerjaya akademiknya sebagai Tutor di Universiti Malaya (1967-1969). Selepas mendapat ijazah Ph.D. beliau menjadi tenaga pengajar di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1972 dan bersara pada tahun 1997. Dalam kerjayanya di Universiti Sains Malaysia, beliau dilantik menjadi pensyarah pada tahun 1972, dan dinaikkan pangkat menjadi profesor pada tahun 1980. Selepas itu beliau dilantik menjadi profesor di Jabatan Komunikasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1997-2001), dan Profesor Bahasa Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (2001-2010).

Beliau pernah memegang Biasiswa Pelajaran Malaysia, di Universiti Malaya (1964-67), British Commonweallth Scholarship (1969-72), Fulbright-Hays Fellowship di University of California, Berkeley, (1979), Pensyarah Perunding Terjemahan di Regional Language Centre (RELC) Singapura (1980), Pemegang Kerusi Tun Razak Keempat, di Ohio University, Amerika Syarikat, (1987-89), dan Profesor Kunjungan di Jabatan Kajian Asia Timur, Universiti Frankfurt, Jerman (2004).
Beliau menghasilkan 20 buah buku tentang linguistik bahasa Melayu, tatabahasa Melayu, pengajaran bahasa Melayu, dan perancangan bahasa Melayu. Beliau juga menterjemahkan 10 buah buku dan menulis 182 buah artikel.
Atas kesarjanaannya beliau dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus oleh Universiti Sains Malaysia pada tahun 2006. Beliau baharu sahaja dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kota Buku.
Alhamdullilllah, aku berpeluang dan berkesempatan belajar dengan Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan untuk satu semester dalam kursus Karya Agung. Kursus Karya Agung ini mengkehendaki kami untuk membuat kajian secara terperinci mengenai karya-karya agung Melayu dan juga Barat. 
Aku pernah membuat satu program dengan prof di bawah anjuran Persatuan Bahasa Melayu UPSI dan prof memberikan kerjasama yang sangat baik. Sangat mudah bekerja dengan prof!

Secara peribadi aku sangat kagum dengan prof kerana beliau seorang yang sangat merendah diri. Aku pernah bertanyakan satu soalan kepada prof. Ketika itu prof tidak begitu pasti jawapannya dan terus mengatakan bahawa beliau tidak tahu. Bukan mudah untuk seorang profesor mengaku yang dia tidak tahu tentang sesuatu perkara itu.

2. Elia Jejari Runcing

Bagi yang tidak mengenali Elia ini, dia adalah bekas tunang kepada Khairul Fahmi Che Mat (Apex). Rasanya semua orang setuju dengan aku yang kalau tidak kerana Apex, rasanya tak ramai orang yang kenal siapa gerangan empunya nama Elia ini. Si Elia ini juga merupakan seorang blogger dan blog dia ni pernah diikuti ramai terutamanya kisah-kisah percintaannya dengan Apex dulu. Aku rasa dia dah padam semua entri dia yang ada kaitan dengan Apex. Aku rasa la.. Kalau nak kepastian anda semua boleh jenguk-jenguk blog dia. (klik)

Sembang punya sembang, apa kaitan dia dengan aku? Hehe.. Sebenarnya Si Elia ni pernah balas mesej aku di facebook. Masa tu Si Elia ni tengah ada masalah apa ntah. Aku pun mula la bagi ayat 'power' aku. Tak sangka pula dia balas.


3. Hanis Zalikha

Hanis Zalikha ini merupakan seorang blogger yang terkenal.(klik). Dia banyak kongsikan kisah hidup dia terutamanya tentang dunia 'modelling' yang dia ceburi. Aku suka tengok dia sebab dia ni cantik. Hehe.. Dia pakai tudung lagi cantik. Jadi, apa kaitan dia dengan hidup aku? Dia juga pernah balas mesej aku di facebook walaupun selepas berbulan-bulan lamanya baru dia balas. Namun begitu, mesej ringkas dia itu telah membuatkan aku tak tidur lena malam tu. keh keh keh


4. 
Lyssa Faizureen

Aku kenal Lyssa Faizureen ni secara tidak sengaja. Itupun melalui Emilya Jimbun selepas aku tanya dia macam mana nak masukkan butang 'like' ke dalam blog. Emilya pun bagi link blog Lyssa Faizureen. Rupa-rupanya Lyssa ini adalah antara blogger terkenal yang mengajar tutorial untuk 'berblogging' kepada blogger yang baru menceburi bidang ini seperti aku. Akupun 11/12/12 ini genap sebulan aku 'berblogging'. Awal-awal ni rasa semangat nak menulis. Dah lama sikit nanti tak tahulah. Itupun seronok sendiri je kot. Ada orang baca ke blog aku ni?

Di sini aku nak kongsi link blog Lyssa Faizureen tu.(klik). Selepas aku berjaya meletakkan butang 'like' tu ke dalam blog aku, dengan sepantas kilat aku terus 'add' Lyssa ni. Dia terima! Bermula daripada sekadar ucapan terima kasih, perbualan kami terus berlanjutan ke masa tambahan. Eh2, dah macam bola pulak.. :)


5. Rozita Che Wan

Semua dah kenal kan???


6. Tiz Zaqyah

Ini pun dah kenalkan? Malas nak taip dah. Hahaha


7. Syahirul.com

Syahirul.com menggunakan medium facebook untuk berkongsi pendapat, meminta pandangan daripada jutaan blogger dan juga berkongsi bermacam-macam idea, ilmu agama serta berkongsi tutorial yang berguna untuk pengunjung. Syahirul.com ini adalah milik seorang anak tempatan bernama Mohd Syahirul Azfar. Dia berkongsi idea, ilmu pengetahuan, teknologi, tutorial, hobi, foto, video, muzik, laman web, kisah blogger dan kisah-kisah Islam untuk disebarkan pada umum. 

Aku pernah kongsikan satu video dengan Syahirul.com ni.. Eh2, ada nama aku la.. Hehehe


8. Oh! Media

Aku juga pernah kongsikan video dengan Oh! Media. Ketika itu tengah hangat dengan cerita Hantu Kak Limah balik rumah.. Tengok-tengok, ada nama aku lagi la.. Malu sekejap. Hihihi...


p/s : Kawan-kawan aku semua artis kot. Hakhak..

......

6 ulasan:

  1. best la kawan ngan artis. ngeh3

    BalasPadam
  2. untungnya...p kanapa xde post sal lisa arini ek?

    BalasPadam
  3. Lisa istimewa. Entri tentang lisa tidak boleh campur dengan orang lain!

    BalasPadam
  4. Waaa . Pengsan sekejap bila tengok ada jugak comment2 Lyssa terselit ? Aiyoo . hekhek#

    BalasPadam
  5. Hehe.. Terima kasih Lyssa sudi baca.. :)

    BalasPadam

Lihat ini juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...