Mengapa harus...


"MENGAPA harus kita menghabiskan waktu MEMIKIRKAN perkara yang BURUK, MENGECEWAKAN dan MENYAKITKAN
sedangkan kita sebenarnya mampu untuk MENEMUKAN banyak hal yang INDAH dan BAIK di sekeliling kita...”

HULUBALANG

JANGAN KLIK ATAS!

Sabtu, 19 November 2011

#9 MENCARI POSITIF DARIPADA NEGATIF

1. Jangan mencebik pada makanan yang tidak enak, kerana sekurang-kurangnya kita ada makanan untuk dimakan.

2. Jangan mencemuh pada pakaian yang tidak cantik & lusuh, kerana sekurang-kurangnya kita ada pakaian untuk dipakai.

3. Jangan mengeluh kerana tinggal di rumah yang kecil & sempit, kerana sekurang-kurangnya kita ada tempat untuk berteduh.

4. Jangan merungut kerana tugasan/kerja yang banyak, kerana sekurang-kurangnya kita ada pekerjaan yang halal untuk kehidupan seharian.

5. Jangan marah apabila si suami berdengkur di waktu malam, BERSYUKURLAH...kerana beliau tidur disisi kita, bukan dengan orang lain dan anda masih ada tempat untuk bergantung.

6. Jangan menengking kepada si isteri yang kuat berleter, BERSYUKURLAH...kerana anda ada teman untuk menguruskan diri serta keluarga.

7. Jangan membentak kepada si anak yang kuat merengek, BERSYUKURLAH...kerana anda dikurniakan anugerah yang tidak ternilai.

8. Jangan mengeluh apabila terpaksa menjaga ibubapa yang sudah uzur, BERSYUKURLAH...kerana anda masih diberi peluang untuk bersama mereka..

p/s : Jika kita tak dapat apa yang kita suka, kita kena suka apa yang kita dapat.. :)



Sumber : http://duniacikputeh.blogspot.com/2011/03/syukran-jazilanamin.htm dan http://www.aktechpage.com/melihat-positif-dalam-negatif



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lihat ini juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...