Aku yakin dan percaya satu Malaysia telah tahu hubungan antara Lisa Surihani dan juga Yusri KRU. Dengar khabarnya mereka bakal melansungkan perkahwinan awal tahun depan. Itu yang orang tahu! Ada satu perkara penting yang orang di luar sana tidak tahu . Perkara tersebut ialah punca Lisa Surihani boleh menerima Yusri itu.. Ianya berlaku sejurus selepas aku kecewakan Lisa. Ya, aku telah kecewakannya! Itu yang orang tak tahu! Jangan buat–buat terkejut semua. Sebenarnya krisis hubungan kami bermula sejak bulan Ramadhan yang lalu lagi..
Secara jujurnya, aku sedikitpun tidak kisah hubungan antara Lisa dan Yusri. Bagi aku, kalau dah jodoh aku dengan Lisa, tiada siapa yang boleh menghalangnya. Tiada siapa yang boleh menyekat cinta kami..
Satu hal yang paling penting ialah jika kita sukakan seseorang itu, kita akan terima dia seadanya.. Kita tidak akan ambil kisahpun kelemahan atau kekurangan si dia itu..
Cuma adakalanya, apabila emosi menguasai diri, kita mulalah berada dalam keadaan di luar kawalan kita. Ketika itulah kita akan ungkapkan sesuatu yang kita tidak mahu pun untuk kita ucapkan sebenarnya. Apa yang kita kata ketika itu bukan lagi apa yang kita rasa..
Konflik antara aku dan Lisa kecil saja sebenarnya. Hanya kerana tidak angkat panggilan telefon! Patutkah? Dan kerana itu, aku ambil keputusan untuk biarkan dia pergi daripada hidup aku buat selamanya. Aku pasrah dengan segalanya!
Akhirnya, buat Lisa Suri Rumah Tanggaku, satu hari nanti Wan harap Lisa tahu punca sebenar Wan tidak angkat panggilan Lisa itu..
Hekhek.. =)
p/s : Ramai yang nak tahu sebab aku jadikan Lisa sebagai sasaran. Jawapannya ialah selain cantik, Lisa juga popular. Kalau aku kacau dekat facebook Enot ataupun Abon, siapa yang nak kisah, ye dak? Lagipun kawan-kawan aku yang 'like' Lisa Surihani di facebook ialah seramai 531 orang. Jadi, kalau aku tulis apa-apa seperti di atas atau buat gila dekat 'page' Lisa tu, mesti ada yang respon. Hehe.. Jangan risau semua, aku masih berpijak di bumi yang nyata. Siapalah aku untuk mendambakan si dia.. Saya hanya boleh memuja daripada jauh. Huk3..

......
senget la ko sof..hahahaha :)
BalasPadamterbaeekkkk !!~
BalasPadamHehehe..
BalasPadamsgt bangga sbb aku ada kawan yg pernah bercinta dgn Lisa.... tet
BalasPadam