Assalamualaikum w.b.t dan selamat malam semua..
Gambar kucing di atas ini adalah salah satu daripada gambar yang terdapat dalam halaman Kami Pencinta Kucing. Kucing ini sangat comel bagi aku. Jika anda tidak bersetuju, aku rasa anda WAJIB buat pemeriksaan mata di klinik atau hospital yang berdekatan.
Aku yakin dan percaya bahawa ramai dalam kalangan anda yang sukakan kucing. Ramai juga yang menjadikan kucing sebagai haiwan perliharaan untuk bermain. Bagi aku dengan membela kucing ini boleh dianggap sebagai terapi kerana dengan melihat telatah kucing ini akan membuatkan kita berasa seronok.

Namun begitu, terdapat juga beberapa kenalan rapat aku yang kurang gemar dengan kucing ini. Apabila nampak sahaja kucing berdekatan mereka, mereka akan cuba menjauhkan diri daripadanya. Aku tidak pasti apa puncanya. Adakah mereka geli? Takut..? Erm... Mungkin mereka ada pengalaman lalu berkaitan kucing yang kita tidak tahu...
Baiklah, pada hari ini aku mahu berkongsi cerita mengenai kucing di rumah aku ini. Sebelum itu, anda ikutilah perbualan aku bersama Puan Emak berkenaan kucing aku itu..
Puan Emak : Mak rasa kucing kita tu dah nyanyuk.
Aku : Ha, kenapa mak?
Puan Emak : Dulu pandai berak di luar, sekarang ini kerap pulak berak dalam rumah.
Aku : Biasalah tu mak, nama pun kucing.
Puan Emak : Kucing memang BIASA, yang tak BIASANYA kamu tu. Mak je yang BIASA basuh, kamu tu dah nampak bukan nak buang, tegur je..
Puan Emak : Kucing memang BIASA, yang tak BIASANYA kamu tu. Mak je yang BIASA basuh, kamu tu dah nampak bukan nak buang, tegur je..
Aku : Keh keh keh..
******
Boleh tahan pedih juga ayat Puan Emak tu. Tepat dan Jitu! Hehe.. Berbalik kepada cerita kita, kucing ni pun ada yang nyanyuk juga ke ha? Tak pernah dengar pun aku. Huhu.. Apapun aku sudah buat kajian sikit tentang kucing ini. Bagi yang belum tahu, jangka hayat seekor kucing adalah kira-kira 11 ke 12 tahun tapi ada juga kucing yang hidup sehingga 20 tahun. Itupun bergantung kepada tahap penjagaaan manusia terhadap kucing tersebut. Di bawah ini merupakan gambar perbandingan antara umur manusia dan juga kucing.
Berdasarkan gambar ini, kita dapat lihat bahawa kucing yang berumur 1 tahun sama dengan 6 tahun umur manusia. Kucing aku sekarang berumur 4 tahun, jadi kalau kucing aku itu manusia, umurnya adalah 24 tahun iaitu hampir sebaya dengan aku. Wah, menarik ni, Hahaha..
Kucing aku ( Amidio @ Puteh )
......