Mengapa harus...


"MENGAPA harus kita menghabiskan waktu MEMIKIRKAN perkara yang BURUK, MENGECEWAKAN dan MENYAKITKAN
sedangkan kita sebenarnya mampu untuk MENEMUKAN banyak hal yang INDAH dan BAIK di sekeliling kita...”

HULUBALANG

JANGAN KLIK ATAS!

Selasa, 16 April 2013

#60 Jenis-jenis Pengundi

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera..

Fuh.. agak lama juga aku tidak menulis dalam blog ini. Kadang-kadang itu sehingga terlupa yang aku ini ada blog sehinggalah aku tersedar apabila ada orang bertanya.. "Eh, Sofuan.. Bila nak update blog?" Nampak tak permainannya di situ? Saja2 aku nak koya sikit. Tak kan tak boleh kot. Wakaka.. Hmm.. Sebenarnya ada saja benda yang aku nak kongsikan tapi aku malas nak taip. Kalaulah aku hanya boleh cakap dan laptop ni boleh taip sendiri bagus juga tu. Ada lagi tak ha teknologi macam tu? Maaflah, aku bab-bab ni memang kurang arif sikit.

Baiklah, semua sedia maklum bahawa pada 5 Mei 2013 ini, rakyat Malaysia berjumlah 13.1 juta orang daripada 29 juta orang akan menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan mengundi calon-calon yang akan bertanding dalam PRU kali ini. PRU ini hanya berlangsung sekali dalam tempoh 5 tahun dan sangat penting untuk kita melihat siapa yang akan memimpin negara kita ini sekaligus meneruskan legasi tampuk pemerintahan negara. Aku yakin anda semua sudah punya pilihan sendiri untuk mengundi nanti. Buatlah pilihan yang bijak. Satu undi dari anda memberi kesan yang sangat besar kepada negara kita yang tercinta ini. Jadi hari ini aku ingin menulis tentang politik. Boleh atau tak?

"Ala.. politik lagi. Tak ada benda lain ke? Banyak lagi benda boleh tulis..
"Politik Malaysia kotorlah! Nak tulis buat apa??"
"Maaflah, saya tak minat politik2 ni. Ada ke tak sama saja. Makan, hidup, main saya sama saja macam sebelum2 ni.."

Ayat-ayat atas ini adalah antara respon2 yang selalu kita terima apabila ada seseorang mahu membicarakan tentang politik. Ada yang mahu mengelak, ada yang tak suka dan macam-macam lagi. Berginilah.. Mahu tidak mahu, suka atau tidak kita tidak boleh pisahkan hidup kita dengan politik. Setuju? Politik sendiri ada dalam Islam. Contohnya, ketika nabi wafat para sahabat ketika itu bersepakat bahawa wajib mencari penganti Rasulullah sebagai ketua negara. Selagi belum adanya mesyuarat untuk memilih ketua, selagi itulah jasad Nabi Muhammad tidak akan disemadikan. Hal ini menunjukkan bahawa pentingnya memilih pemimpin dalam sesebuah negara yang mana besarnya kewajiban politik negara dalam ajaran Islam sendiri.


Hari ini pun aku tidaklah mahu bercakap tentang politik yang berat-berat. Kita sembang yang ringan-ringan sahaja. Anda sedar atau tidak bahawa ada beberapa jenis atau kategori pengundi-pengundi di Malaysia ini? Mungkin juga jenis-jenis yang aku mahu berikan ini boleh juga digunapakai untuk pengundi2 di luar Malaysia atau seantero dunia. Ayat tak mahu kalah aku ni. Hekhek! Jenis-jenis pengundi yang aku maksudkan itu adalah seperti berikut :

1. EKSTREM/ FANATIK

Ekstrem membawa maksud melampau atau keterlaluan. Pengundi jenis ini tidaklah banyak tetapi sangat membahaya. Pengundi jenis ini kebiasaannya taksub kepada parti politik tertentu. Walaupun mungkin ada kesalahan yang dibuat oleh parti politik yang mereka suka ini, mereka tidak kisah dan anggap hanya mereka saja yang betul. Apa yang orang lain buat semua salah. Jenis ini tidak kisah siapa pun calon yang diletak, asalkan dari parti yang mereka suka itu.

2. HIPOKRIT

Maaflah guna istilah 'hipokrit ' ini sebab aku tak dapat fikir istilah lain dah. Huhu.. Maksud hipokrit yang aku tahu adalah depan orang macam lain, belakang orang macam lain. Pengundi jenis ini tak ramai tetapi itu tidak bermaksud bahawa mereka ini tidak wujud. Hipokrit di sini bermaksud mereka menonjolkan diri mereka seperti menyokong parti A, tetapi mereka sebenarnya menyokong parti B. Tak pasti apa tujuan mereka tetapi jenis ini memang ada. Aku yakin ada!

3. TAK TETAP PENDIRIAN

Mudahnya macam ini.. Sekejap sokong ini, sekejap sokong itu. Kalau sekali dua tak apa lagi.. Kalau sampai 4, 5 kali tukar, boleh dipersoalkan juga pendirian mereka ini. Ermm..

4. LALANG

Aku melihat jenis pengundi 'lalang' ini sebagai sesuatu yang positif. Dalam istilah lain adalah atas pagar. Mereka yang bertindak sebagai pengundi atas pagar ini melihat apa yang berlaku dan cakna dalam setiap isu politik yang berlaku. Merka melihat, mengkaji dan membuat keputusan. Mereka ini bagi aku adalah bijak. Bagi mereka untuk memilih nanti perlu melihat dari aspek2 ini : Calon, parti politik yang didukung dan juga manifesto parti tersebut.

Sofuan : Ini hanya pandangan peribadi aku. Betul belum tentu, salah sudah pasti. Aku boleh fikir 4 ini saja, kalau anda rasa ada lagi, sila tambah sendiri. Cukuplah sekadar mengubat kerinduan anda semua untuk melihat aku kembali menulis. Wakaka! :D

.....



Ahad, 10 Februari 2013

#59 Tarikh Keramat

Assalamualaikum w.b.t..


Petang tadi aku ada menerima satu mesej daripada bekas pelajar aku semasa menjadi guru pelatih dahulu. Dalam mesej tersebut mengandungi satu pertanyaan yang perlu aku jawab. Tanpa membuang masa aku terus  memberi respon kepada mesej tersebut..

Pelajar : Cikgu bila nak kahwin?
Aku : Kenapa kamu tanya macam tu?

Pelajar : Yela, umur cikgu tu patut dah kahwin pun. Mesti ramai kawan cikgu yang sudah kahwin kan?
Aku : Kamu tu bila nak kahwin?

Pelajar : Saya sekolah lagi cikgu..
Aku : Cikgu pun masih belajar lagi.. Sama macam kamu tapi 29.2 ni datanglah rumah.

Pelajar : Kenapa cikgu?
Aku : Cikgu bertunang.

Pelajar : Tahniah ye cikgu..


Perbualan kami melalui sistem pesanan ringkas terhenti di situ sehinggalah setengah jam kemudian telefon bimbit aku berbunyi kembali menandakan mesej masuk..

Pelajar : Cikgu tipu saya ye??
Aku : Tipu apanya?

Pelajar : Yela, macam mana saya nak datang 29.2 tu. Bulan 2 tahun ni sampai 28 hari je..

Aku : Keh keh keh

......





Lihat ini juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...