Assalamualaikum w.b.t..
Petang tadi aku ada menerima satu mesej daripada bekas pelajar aku semasa menjadi guru pelatih dahulu. Dalam mesej tersebut mengandungi satu pertanyaan yang perlu aku jawab. Tanpa membuang masa aku terus memberi respon kepada mesej tersebut..
Pelajar : Cikgu bila nak kahwin?
Aku : Kenapa kamu tanya macam tu?
Pelajar : Yela, umur cikgu tu patut dah kahwin pun. Mesti ramai kawan cikgu yang sudah kahwin kan?
Aku : Kamu tu bila nak kahwin?
Pelajar : Saya sekolah lagi cikgu..
Aku : Cikgu pun masih belajar lagi.. Sama macam kamu tapi 29.2 ni datanglah rumah.
Pelajar : Kenapa cikgu?
Aku : Cikgu bertunang.
Pelajar : Tahniah ye cikgu..
Perbualan kami melalui sistem pesanan ringkas terhenti di situ sehinggalah setengah jam kemudian telefon bimbit aku berbunyi kembali menandakan mesej masuk..
Pelajar : Cikgu tipu saya ye??
Aku : Tipu apanya?
Pelajar : Yela, macam mana saya nak datang 29.2 tu. Bulan 2 tahun ni sampai 28 hari je..
Pelajar : Yela, macam mana saya nak datang 29.2 tu. Bulan 2 tahun ni sampai 28 hari je..
Aku : Keh keh keh
......