Entri
terakhir aku di blog ini setelah sekian lama ialah 3 Mac 2012. Hari ini
bertarikh 23 April 2012. Maknanya hampir dua bulan juga aku tak update blog ini. Aku tak mahu berikan
alasan sibuk kerana aku bukan sibuk sangat pun. Senang cakap aku malas. Tergerak
nak menulis semula ini pun sebab ada permintaan. Haha.
Koya kan? Ha, sebut pasal koya ni, aku tak tahu sudah berapa puluh kali aku
dengar perkataan ini. Tak kisahlah, yang penting aku bahagia.
Hmm..
tapi serius wei, aku tak sangka ada juga orang yang baca blog aku ni dan suka
dengan penulisan aku yang berilmiah merapu ni. Rasa kembang kempis juga apabila
ada orang bertanya bila aku nak update blog. Keh keh keh. Itu maknanya
penulisan aku diterima ramai. Maaf, sekali lagi koya. Hakhak! Dan itu bermaksud
aku sudah mula ada peminat. Aku berharap nanti akan ada dalam kalangan peminat-peminat
aku yang tubuhkan Kelab Peminat Sofuan. Nama yang sesuai mungkin Sofuan Saadon
FanClub. Apa pendapat anda semua? Ada yang berminat untuk jadi pengerusi tak?
Kita
kembali kepada topik kita. Kesetiaan. Apa yang anda faham tentang setia? Bagi
aku, setia ini ialah kita tetap dengan sesuatu itu walaupun datang cabaran dan
dugaan yang menimpa kita. ‘Sesuatu itu’ mungkin manusia, orang, binatang atau
sebagainya. Namun begitu, aku berpendapat bahawa kesetiaan itu juga ada
tahap-tahapnya. Sampai suatu masa dan ketika yang kita sudah tidak dapat
menerima ‘sesuatu itu’ lagi atas faktor-faktor tertentu, tidak mustahil kesetiaan
itu boleh luntur dan terus hilang di bawa angin bayu. Oh, maaf. Sedikit
hiperbola.
Itu
kata aku. Apa pula kata Kamus Dewan? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010),
setia ialah teguh hati sama ada dalam perkahwinan atau persahabatan dan sanggup
berkorban untuk orang lain. Bagaimana pula dengan anda? Setuju dengan definisi
yang diberikan oleh kamus dewan ini atau anda ada pemahaman lain mengenai tema
kita pada hari ini iaitu kesetiaan?
Jadi,
mesti anda tertanya-tanya kan apa kaitannya dengan tajuk entri kali ini? Entah-entah tak ada orang yang tertanya-tanya pun kan? Aku saja yang perasan. Ahh, tak kisahlah. Ha,
ini baru masuk kepada isi. Yang semua atas ini cuma mukadimah. Hekhek.
Aku
selalu mendengar rintihan, keluhan, aduan dan lain-lain yang berkaitan daripada
perempuan mengenai pasangan masing-masing. Tak kisahlah si lelaki tersebut
adalah suaminya, tunangnya ataupun teman lelakinya yang berjanji akan
menjadikannya sebagai isteri suatu hari nanti. Antara keluhan tersebut adalah
seperti berikut :
“Tak
faham betullah dengan Sofuan tu (bukan nama sebenar), pantang tengok perempuan
dahi licin sikit. Terus tak endah aku di sebelah!”
“Aku
ni tak cukup cantik ke? Nampak perempuan lain, terus tak berkelip mata!”
“Abang
dah tak sayang saya ke? Kenapa nampak perempuan lain, abang terus buat tak tahu
pada saya?”
Sehingga setakat ini, anda boleh faham tak apa yang aku nak sampaikan? Baik,
tak mengapa. Aku terangkan juga bagi semua jelas. Biar aku berikan pencerahan lagi.
Takut juga ada yang salah faham. Kebanyakan lelaki kalau ditanya, pasti ada
terniat untuk kahwin lebih dari satu (ye ke? Ntah-ntah aku saja?), tapi atas faktor-faktor
yang tertentu, mereka membatalkan hasrat mereka. Selain faktor kewangan, mereka
merasakan bahawa isteri yang mereka ada sekarang sudah cukup baik, sempurna dan
dapat membahagiakan keluarga dan anak-anak. Jadi, mereka tidak perlu yang lain
lagi. Mereka tidak perlu kereta lain lagi!
Contoh
lain macam aku. Mula-mula Lisa Surihani, kemudian Tiz Zakyah dan sekarang Izara
Aishah. Aku sedar yang aku tak mampu miliki semua mereka itu. Aku hanya layak dan
sesuai untuk Neelofa!
Neelofa
Aku
harap semua jelas dengan apa yang aku ingin sampaikan. Jangan pula lepas ini
ada perempuan yang serang aku. Bukan maksud aku yang aku nak samakan perempuan
dengan kereta.TIDAK! Aku cuma nak buat satu analogi mudah yang semua dapat
faham tapi jika ada yang tidak bersetuju, aku bersedia mendengar hujah anda. Pesan
aku kepada kaum lelaki, mudah saja untuk setia. Sentiasa ingat kisah guru, pelajar
dan rumput. Aku rasa ramai yang tahu dan pernah baca kisah ini.
Buat
apa kita nak harapkan sesuatu yang belum pasti milik kita sedangkan ada orang
yang betul-betul mampu membahagiakan kita. Ceewah..kadang-kadang rasa macam aku
ni Dr. Love pula. Hehe.
Pesanan aku kepada perempuan pula, tolonglah jangan 'seksi-meksi' sangat. Kami kaum
lelaki ni insan yang lemah. Semua lelaki atau aku seorang saja? =_=". Kadang-kadang tu rasa bersalah dalam diri. Tengok
berdosa, tak tengok RUGI!
"Apabila
seorang lelaki membukakan pintu kereta
untuk isterinya,ianya bermaksud itu
ISTERI BARUNYA
atau itu KERETA BARUNYA.." - Sofuan Wangi
p/s : Apabila aku menulis, ianya seperti satu terapi bagi aku sebagai satu
cara untuk aku keluar daripada kesibukan lain. Harap ini bukan penulisan aku
yang terakhir.
......