Mengapa harus...


"MENGAPA harus kita menghabiskan waktu MEMIKIRKAN perkara yang BURUK, MENGECEWAKAN dan MENYAKITKAN
sedangkan kita sebenarnya mampu untuk MENEMUKAN banyak hal yang INDAH dan BAIK di sekeliling kita...”

HULUBALANG

JANGAN KLIK ATAS!

Isnin, 23 April 2012

#52 Perempuan dan Kereta


Entri terakhir aku di blog ini setelah sekian lama ialah 3 Mac 2012. Hari ini bertarikh 23 April 2012. Maknanya hampir dua bulan juga aku tak update blog ini. Aku tak mahu berikan alasan sibuk kerana aku bukan sibuk sangat pun. Senang cakap aku malas. Tergerak nak menulis semula ini pun sebab ada permintaan. Haha. Koya kan? Ha, sebut pasal koya ni, aku tak tahu sudah berapa puluh kali aku dengar perkataan ini. Tak kisahlah, yang penting aku bahagia.

Hmm.. tapi serius wei, aku tak sangka ada juga orang yang baca blog aku ni dan suka dengan penulisan aku yang berilmiah merapu ni. Rasa kembang kempis juga apabila ada orang bertanya bila aku nak update blog. Keh keh keh. Itu maknanya penulisan aku diterima ramai. Maaf, sekali lagi koya. Hakhak! Dan itu bermaksud aku sudah mula ada peminat. Aku berharap nanti akan ada dalam kalangan peminat-peminat aku yang tubuhkan Kelab Peminat Sofuan. Nama yang sesuai mungkin Sofuan Saadon FanClub. Apa pendapat anda semua? Ada yang berminat untuk jadi pengerusi tak?

Tema entri aku kali ini ialah KESETIAAN. Sebelum itu aku nak maklumkan kepada semua yang aku ada satu lagi blog yang aku rasa isinya lebih bermanfaat (dibandingkan dengan blog ini) terutamanya kepada mereka yang cintakan bahasa. Blog itu aku buat khas untuk kursus Sosiolinguistik Melayu. Klik SINI.

Kita kembali kepada topik kita. Kesetiaan. Apa yang anda faham tentang setia? Bagi aku, setia ini ialah kita tetap dengan sesuatu itu walaupun datang cabaran dan dugaan yang menimpa kita. ‘Sesuatu itu’ mungkin manusia, orang, binatang atau sebagainya. Namun begitu, aku berpendapat bahawa kesetiaan itu juga ada tahap-tahapnya. Sampai suatu masa dan ketika yang kita sudah tidak dapat menerima ‘sesuatu itu’ lagi atas faktor-faktor tertentu, tidak mustahil kesetiaan itu boleh luntur dan terus hilang di bawa angin bayu. Oh, maaf. Sedikit hiperbola.

Itu kata aku. Apa pula kata Kamus Dewan? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), setia ialah teguh hati sama ada dalam perkahwinan atau persahabatan dan sanggup berkorban untuk orang lain. Bagaimana pula dengan anda? Setuju dengan definisi yang diberikan oleh kamus dewan ini atau anda ada pemahaman lain mengenai tema kita pada hari ini iaitu kesetiaan?

Jadi, mesti anda tertanya-tanya kan apa kaitannya dengan tajuk entri kali ini? Entah-entah tak ada orang yang tertanya-tanya pun kan? Aku saja yang perasan. Ahh, tak kisahlah. Ha, ini baru masuk kepada isi. Yang semua atas ini cuma mukadimah. Hekhek.

Aku selalu mendengar rintihan, keluhan, aduan dan lain-lain yang berkaitan daripada perempuan mengenai pasangan masing-masing. Tak kisahlah si lelaki tersebut adalah suaminya, tunangnya ataupun teman lelakinya yang berjanji akan menjadikannya sebagai isteri suatu hari nanti. Antara keluhan tersebut adalah seperti berikut :

“Tak faham betullah dengan Sofuan tu (bukan nama sebenar), pantang tengok perempuan dahi licin sikit. Terus tak endah aku di sebelah!”

“Aku ni tak cukup cantik ke? Nampak perempuan lain, terus tak berkelip mata!”



“Abang dah tak sayang saya ke? Kenapa nampak perempuan lain, abang terus buat tak tahu pada saya?”

Aku rasa cukup 3 contoh yang aku beri. Jadi, entri ini adalah untuk menjawab segala tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan oleh kaum wanita kepada kami kaum lelaki. Aku ni boleh kata wakil orang lelakilah. Hehe. Bagi memudahkan kefahaman semua, aku buat satu analogi mudah iaitu mengenai kereta. Lelaki tengok perempuan sama macam tengok kereta. Kalau boleh setiap keluaran kereta terbaru, dia nak memilikinya walaupun dia sedar yang dia tak mampu pun sebenarnya. Sedangkan pada hakikatnya dia telah adapun keretanya sendiri walaupun kereta itu mungkin tak dapat menandingi kereta-kereta yang lain. Dan tak mustahil juga kereta yang dia dah ada sekarang lebih baik daripada kereta yang dia nak tu. Dalam erti kata lain mereka melihat kereta itu hanya sekadar pandangan biasa kerana mereka sedar yang mereka mustahil untuk memilikinya! 

Sehingga setakat ini, anda boleh faham tak apa yang aku nak sampaikan? Baik, tak mengapa. Aku terangkan juga bagi semua jelas. Biar aku berikan pencerahan lagi. Takut juga ada yang salah faham. Kebanyakan lelaki kalau ditanya, pasti ada terniat untuk kahwin lebih dari satu (ye ke? Ntah-ntah aku saja?), tapi atas faktor-faktor yang tertentu, mereka membatalkan hasrat mereka. Selain faktor kewangan, mereka merasakan bahawa isteri yang mereka ada sekarang sudah cukup baik, sempurna dan dapat membahagiakan keluarga dan anak-anak. Jadi, mereka tidak perlu yang lain lagi. Mereka tidak perlu kereta lain lagi!

Contoh lain macam aku. Mula-mula Lisa Surihani, kemudian Tiz Zakyah dan sekarang Izara Aishah. Aku sedar yang aku tak mampu miliki semua mereka itu. Aku hanya layak dan sesuai untuk Neelofa!

Neelofa

Aku harap semua jelas dengan apa yang aku ingin sampaikan. Jangan pula lepas ini ada perempuan yang serang aku. Bukan maksud aku yang aku nak samakan perempuan dengan kereta.TIDAK! Aku cuma nak buat satu analogi mudah yang semua dapat faham tapi jika ada yang tidak bersetuju, aku bersedia mendengar hujah anda. Pesan aku kepada kaum lelaki, mudah saja untuk setia. Sentiasa ingat kisah guru, pelajar dan rumput. Aku rasa ramai yang tahu dan pernah baca kisah ini.

Buat apa kita nak harapkan sesuatu yang belum pasti milik kita sedangkan ada orang yang betul-betul mampu membahagiakan kita. Ceewah..kadang-kadang rasa macam aku ni Dr. Love pula. Hehe.

Pesanan aku kepada perempuan pula, tolonglah jangan 'seksi-meksi' sangat. Kami kaum lelaki ni insan yang lemah. Semua lelaki atau aku seorang saja? =_=". Kadang-kadang tu rasa bersalah dalam diri. Tengok berdosa, tak tengok RUGI!


"Apabila seorang lelaki membukakan pintu kereta 
untuk isterinya,ianya bermaksud itu ISTERI BARUNYA 
atau itu KERETA BARUNYA.." - Sofuan Wangi

p/s :  Apabila aku menulis, ianya seperti satu terapi bagi aku sebagai satu cara untuk aku keluar daripada kesibukan lain. Harap ini bukan penulisan aku yang terakhir.

......

3 ulasan:

Lihat ini juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...