Mengapa harus...


"MENGAPA harus kita menghabiskan waktu MEMIKIRKAN perkara yang BURUK, MENGECEWAKAN dan MENYAKITKAN
sedangkan kita sebenarnya mampu untuk MENEMUKAN banyak hal yang INDAH dan BAIK di sekeliling kita...”

HULUBALANG

JANGAN KLIK ATAS!

Selasa, 29 November 2011

#14 MAKANAN DAN SAYA

Assalamualaikum w.b.t dan selamat malam semua..

Malam ni saya nak cerita tentang makanan. Beberapa hari lepas, sahabat serumah saya telah puji masakan saya. Saya tak pastilah beliau tu ikhlas ataupun ada suatu konspirasi tersembunyi disebaliknya. Hahaha..  Yang pasti ini bukan kali pertama beliau berkata begitu. Kalau tak percaya tengok ni!


Anda dah tengok kan? Apa pendapat anda? Hehe.. Saya rasa beliau ni perli kot sebab saya ni jarang masak dekat rumah. Huhu.. Apabila sebut tentang makanan ni, masing-masing mesti ada makanan kesukaan sendiri kan? Macam tu juga dengan saya..


OK tak makanan kesukaan saya ni? Hahaha.. Makanan kesukaan saya ni senang nak cari. Banyak tempat boleh kita jumpa. Antaranya :


dan satu lagi di....

Jadi, saya rasa jika ada dalam kalangan anda yang berminat untuk mencuba makanan kesukaan saya ini, bolehlah anda cari di dua tempat yang saya nyatakan  di atas. Hehe.. Kita lupakan sekejap makanan kesukaan saya itu. Kita pergi kepada topik yang lain pula. Saya sebenarnya sedikit hairan sebab ada status saya di facebook berkenaan makanan yang ramai orang 'suka' sedangkan status itu tidak membawa apa-apa maksud pun. 

Berpengaruh betul saya ni ye. Haha..  Makanan ruji negara kita memang nasi. Jadi, kalau sehari tak jumpa nasi mesti rasa lain macam kan?

Rasanya dah banyak sangat merapu ni. Ayuh kembali kepada subjek asal.. Buat pengetahuan semua, saya ni bukanlah pandai masak pun. Ini buktinya!


Walaupun saya tak pandai masak, tapi saya suka tengok rancangan memasak tau..

Lepas tengok rancangan memasak, baru saya tahu yang masak ni bukannya susah sangat pun.


Sebab masak-memasak ni jugak saya pernah kena perli dengan Puan Emak. Huhu..


Ada juga isu-isu berkaitan makanan yang menarik perhatian saya. Contohnya seperti isu nasi lemak ini..


Selain itu, saya juga nak beri nasihat sedikit. Masih berkaitan makanan..

Sebagai penutup, saya ada satu harapan yang agak besar juga. Insya-Allah, harapan saya ini akan jadi kenyataan satu hari nanti. Amin.. :)


p/s : Untung satu rumah dengan orang yang rajin masak.. :)


......


Ahad, 27 November 2011

#13 Pahitnya sebuah kenyataan..


"Pahitnya sebuah kenyataan itu sebenarnya lebih indah daripada mimpi
yang hanya sekadar mengasyikkan.."


......


Sabtu, 26 November 2011

#12 Awak janganlah nangis...


"Hari ini ia datang, jangan biarkan ia pergi, esok kalau ia masih bertandang,
 jangan harap ia akan datang kembali.."

Kredit Gambar : Zack Zukhairi


........

#11 LISA SURIHANI DAN AKU

Aku yakin dan percaya satu Malaysia telah tahu hubungan antara Lisa Surihani dan juga Yusri KRU. Dengar khabarnya mereka bakal melansungkan perkahwinan awal tahun depan. Itu yang orang tahu! Ada satu perkara penting yang orang di luar sana tidak tahu . Perkara tersebut ialah punca Lisa Surihani boleh menerima Yusri itu.. Ianya berlaku sejurus selepas aku kecewakan Lisa. Ya, aku telah kecewakannya! Itu yang orang tak tahu! Jangan buat–buat terkejut semua. Sebenarnya krisis hubungan kami bermula sejak bulan Ramadhan yang lalu lagi..


Secara jujurnya, aku sedikitpun tidak kisah hubungan antara Lisa dan Yusri. Bagi aku, kalau dah jodoh aku dengan Lisa, tiada siapa yang boleh menghalangnya. Tiada siapa yang boleh menyekat cinta kami..


Satu hal yang paling penting ialah jika kita sukakan seseorang itu, kita akan terima dia seadanya.. Kita tidak akan ambil kisahpun kelemahan atau kekurangan si dia itu..


Cuma adakalanya, apabila emosi menguasai diri, kita mulalah berada dalam keadaan di luar kawalan kita. Ketika itulah kita akan ungkapkan sesuatu yang kita tidak mahu pun untuk kita ucapkan sebenarnya. Apa yang kita kata ketika itu bukan lagi apa yang kita rasa..


Konflik antara aku dan Lisa kecil saja sebenarnya. Hanya kerana tidak angkat panggilan telefon! Patutkah? Dan kerana itu, aku ambil keputusan untuk biarkan dia pergi daripada hidup aku buat selamanya. Aku pasrah dengan segalanya!


Akhirnya, buat Lisa Suri Rumah Tanggaku, satu hari nanti Wan harap Lisa tahu punca sebenar Wan tidak angkat panggilan Lisa itu..


Hekhek.. =)

p/s : Ramai yang nak tahu sebab aku jadikan Lisa sebagai sasaran. Jawapannya ialah selain cantik, Lisa juga popular. Kalau aku kacau dekat facebook Enot ataupun Abon, siapa yang nak kisah, ye dak? Lagipun kawan-kawan aku yang 'like' Lisa Surihani di facebook ialah seramai 531 orang. Jadi, kalau aku tulis apa-apa seperti di atas atau buat gila dekat 'page' Lisa tu, mesti ada yang respon. Hehe.. Jangan risau semua, aku masih berpijak di bumi yang nyata. Siapalah aku untuk mendambakan si dia.. Saya hanya boleh memuja daripada jauh. Huk3..



......



Jumaat, 25 November 2011

#10 Kisah Si Tukang Gunting

Kisah ini berlaku di sebuah negara yang mempunyai ramai penduduk yang miskin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Manan datang ke sebuah kedai gunting rambut untuk memotong rambutnya. Dia pun memulakan perbualan dengan tukang gunting yang melayaninya. Perbualan mereka kemudiannya menjadi semakin hangat. Pelbagai topik dibincangkan, hingga akhirnya Tuhan menjadi subjek perbualan.

"Encik, saya ni tak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang Encik katakan tadi," tanya si tukang gunting.

Mendengar ungkapan itu, Manan terkejut dan bertanya, "Mengapa kamu berkata demikian?"
"Mudah saja, cuba Encik jenguk ke luar tingkap itu dan sedarlah bahawa Tuhan itu memang tidak ada. Tolong jelaskan pada saya, jika Tuhan itu ada, mengapa ramai orang yang sakit? Mengapa ramai anak terbiar? Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sesiapa yang sakit dan tentu juga tidak akan berlaku penderitaan di negara ini. Tuhan apa yang mengizinkan semua itu terjadi??!!" ungkap si tukang gunting dengan nada yang tinggi dan angkuh.

Manan pun berfikir tentang apa yang baru saja diperkatakan oleh tukang gunting itu. Namun, ia sama sekali tidak memberi respon atau jawapan agar perbincangan tersebut tidak menjadi hangat lagi.

Setelah tukang gunting itu selesai melakukan pekerjaannya, Manan pun berjalan keluar dari kedai tersebut. Baru beberapa langkah, dia bertembung dengan seorang lelaki berambut sangat panjang serta tidak kemas. Tiba-tiba, tercetus difikirannya bahawa mungkin lelaki itu sudah lama tidak pergi ke kedai gunting rambut dan itu membuatkannya kelihatan tidak kemas.

Manan kembali masuk ke dalam kedai dan kemudian berkata kepada si tukang gunting, "Tukang gunting itu sebenarnya tidak ada di dunia ini sepertimana yang anda kata bahawa Tuhan itu tidak ada!"

Si tukang gunting pun terkejut dengan kata-kata Manan itu.
"Bagaimana mungkin mereka tidak ada, buktinya adalah saya. Saya ada di sini dan saya adalah seorang tukang gunting!!" bentak si tukang gunting.

"Tidak, mereka tidak ada. Kalau mereka ada, tidak mungkin ada orang yang berambut sangat panjang serta tidak kemas itu," kata Manan dengan tegas sambil mengarahkan pandangannya kepada lelaki berambut panjang di luar sana."

"Ah, anda merepek saja... tukang gunting selalu ada di mana-mana. Yang terjadi pada lelaki itu adalah kerana dia tidak mahu berusaha datang ke kedai saya dan meminta pertolongan saya untuk digunting rambutnya," jawabnya tenang sambil tersenyum.

Itulah jawapan saya kepada soalan awak kepada saya tadi. Tuhan itu ada. Yang terjadi pada manusia itu adalah kerana mereka tidak mahu berusaha dalam hidup dan datang mencari dan meminta pertolongan dari Tuhannya. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak penderitaan di negara ini," tegas Manan. Mendengar jawapan dari Manan tersebut menyebabkan si tukang gunting diam membisu tidak terkata.

Melalui cerita ini, dapat kita simpulkan bahawa kadang-kadang mungkin kita pernah lupa akan ALLAH, TETAPI ALLAH tidak lupa akan kita. Hanya bila kita sakit atau susah barulah kita mengingati-Nya sedangkan apabila kita hidup senang dan sihat, kadang-kadang kita lupa akan kewujudan-Nya. Renungkanlah seketika.. Berapa banyak kalikah kita memuji-Nya pada setiap hari? Dan berapa banyak kali pula kita memuji diri kita sendiri setiap hari?


Disalin daripada : I Luv Islam



Sabtu, 19 November 2011

#9 MENCARI POSITIF DARIPADA NEGATIF

1. Jangan mencebik pada makanan yang tidak enak, kerana sekurang-kurangnya kita ada makanan untuk dimakan.

2. Jangan mencemuh pada pakaian yang tidak cantik & lusuh, kerana sekurang-kurangnya kita ada pakaian untuk dipakai.

3. Jangan mengeluh kerana tinggal di rumah yang kecil & sempit, kerana sekurang-kurangnya kita ada tempat untuk berteduh.

4. Jangan merungut kerana tugasan/kerja yang banyak, kerana sekurang-kurangnya kita ada pekerjaan yang halal untuk kehidupan seharian.

5. Jangan marah apabila si suami berdengkur di waktu malam, BERSYUKURLAH...kerana beliau tidur disisi kita, bukan dengan orang lain dan anda masih ada tempat untuk bergantung.

6. Jangan menengking kepada si isteri yang kuat berleter, BERSYUKURLAH...kerana anda ada teman untuk menguruskan diri serta keluarga.

7. Jangan membentak kepada si anak yang kuat merengek, BERSYUKURLAH...kerana anda dikurniakan anugerah yang tidak ternilai.

8. Jangan mengeluh apabila terpaksa menjaga ibubapa yang sudah uzur, BERSYUKURLAH...kerana anda masih diberi peluang untuk bersama mereka..

p/s : Jika kita tak dapat apa yang kita suka, kita kena suka apa yang kita dapat.. :)



Sumber : http://duniacikputeh.blogspot.com/2011/03/syukran-jazilanamin.htm dan http://www.aktechpage.com/melihat-positif-dalam-negatif



Selasa, 15 November 2011

#8 KENTUT DAN PERSONALITI




1. TIDAK JUJUR -Orang yang kalau kentut menyalahkan orang lain.



2. BANGANG -Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3. BERPANDANGAN JAUH -Orang yang tahu bila harus kentut.

4. SENGSARA -Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5. MISTERI -Orang yang kalau kentut, orang lain tak tahu.

6. GUGUP -Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

7. PERCAYA DIRI SENDIRI -Orang yang selalu perasan kentutnya harum.

8. SADIS -Orang yang kalau kentut dikibaskan baunya kepada orang lain.

9. PEMALU -Orang yang kentut tidak bunyi tapi merasa malu sendiri.

10. STRATEGIK -Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan ketawa
terbahak-bahak.

11. BODOH -Orang yang dah habis kentut menghirup bau kentut untuk mengganti kentutnya yang keluar.

12. PELIK -Orang yang kalau kentut boleh keluarkan sikit-sikit. (sumpah lawak..ha3..)

13. SOMBONG -Orang yang bangga dengan kentutnya.

14.PERAMAH -Orang yang senang mencium kentut orang lain.

15. PASIF -Orang yang kalau kentut sembunyi2.

16. JUJUR -Orang yang mengaku kentutnya.

17. PINTAR-Orang yang boleh kesan bau kentut siapa.

18. ROMANTIK –orang yang memuji kentut pasangannya.

19. MALANG -Orang yang nak kentut tapi terkeluar taik....


Anda kategori yang mana? Tulis nombor je, aku dah paham.

p/s : AMARAN jangan kentut ketika membaca entri ini. Sila tekan 'share' untuk berkongsi dengan yang lain. keh keh keh



Kredit : http://lamanshaniza2u.blogspot.com/2010/03/kenali-kentut-anda.html


......


Ahad, 13 November 2011

#7 Dedikasi Buat Ibu

Status facebook di atas adalah status aku yang paling banyak orang ‘like’ setelah dua tahun aku membuka akaun facebook ini. Jadi, malam ini aku nak tulis sedikit tentang ibu kita semua. Jika nak diikutkan tidak terkira rasanya pengorbanan ibu  kepada kita semua. Bermula daripada melahirkan, membesarkan, memberi makan pakai, mendidik dan segala macam lagi yang tidak terhitung jumlahnya.

Hmm.. perasan tak kita? Kadang-kadang tu kita dah tidur tetapi ibu kita masih berjaga sehingga larut malam menyudahkan kerja rumah pada hari itu. Apabila kita bangun, ibu kita awal lagi dah bangun daripada tidur untuk siapkan kelengkapan bagi hari tersebut pula. Sedikit nasihat untuk diri sendiri dan orang lain.. Jika kita masih ada ibu dan ayah, hargailah mereka sebaik-baiknya. Bagi  ibu bapa yang telah tiada, mari kita sama-sama doakan supaya mereka berada dalam kalangan orang-orang yang beriman. Insya-Allah..

“Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah selama-lamanya..”


#6 CARI AWEK vs CARI ISTERI


Status facebook di atas merupakan status facebook aku yang paling terkini selepas wujudnya blog aku ni. Status ini aku tulis pada 10.11.2011 sehari sebelum blog ni wujud. Pedih juga kata-kata Rosilawati Man ni tapi aku tak nafikan ada benar kata-kata tersebut. Jadi, aku nak kongsikan satu benda yang ada kaitan dengan status ini :

LELAKI NAK CARI AWEK
ø Tak kisah laa dia freehair atau bertudung
ø Pakai seksi dan ketat satu kelebihan
ø Nak yang kulit putih, muka cantik tu paling dia nak
ø Tak kisah perangai macam mana pun. Notty lagi dia suka
ø Boleh
bawa keluar bila-bila masa, di mana sahaja
ø Nak yang gedik sana , gedik sini.
..

LELAKI NAK CARI ISTERI
ø Nak yang ALIM dan menutup aurat tu WAJIB !
ø Reti hormat orang tua
ø Nak yang pandai dekat dapur. Reti masak-masak
ø Tak kisah cantik ke tak janji sejuk je mata memandang
ø Nak cari yang pandai jaga maruah ! Tak boleh ada lelaki lain sentuh
ø Cari yang pandai jaga diri. Tak curang bila dia kerja

Setuju tak? Lelaki sila jawab..
J

Kredit- Nizarazu –


#5 Terus ke puncak!

"Semakin tinggi kita naik, semakin sakit kita jatuh, tapi jangan kita fikir tentang sakitnya jatuh, teruskanlah naik ke puncak.."


#4 Senyumlah.. :)


"Senyumlah kerana ia dapat menggembirakan hati kita dan juga hati orang di sekeliling kita.."



#3 Cinta itu ialah...?


"Kita perlu tahu beza antara  PENGORBANAN dengan KEBODOHAN" - Mat Lufti

Kredit Gambar : Zack Zukhairi


#2 GULA-GULA GETAH TATU


Kawan-kawan pernah makan chewing gum ni? Ni la chewing gum kesukaan aku masa sekolah rendah dulu. Harga chewing gum ni 10 sen dua. Dulu, aku beli masa nak pergi sekolah agama. Bila ustaz/ustazah masuk kelas, laju je aku lekatkan bawah kerusi. Hak3..

Dekat belakang pembalut chewing gum ni boleh buat tatu. Taruk air liur, lepas tu tempek kat tangan. Habis penuh tatu dekat tangan. Siap lawan dengan kawan lagi siapa yang paling banyak tatu. Seingat aku paling banyak tatu Ninja Turtle. Ada kawan aku yang canggih sikit lekat tatu ni dekat dahi. Dekat rumah, sakit telinga kena bebel.. Hahaha..

Chewing gum ni kalau kunyah mesti rasa nak telan. Boleh buat belon. Buat belon besar-besar, lepas tu meletup, melekat dekat muka. Hehe.. Dah makan jangan buang merata-rata sebab kalau lekat dekat kain atau baju susah nak tanggalkan. 

Sekarang pun aku rasa ada jual lagi tapi mungkin rasa dah tak macam dulu. Chewing gum kenangan kan? Terusik tak jiwa anda? Keh keh keh


......


Jumaat, 11 November 2011

#1 SELAMAT HARI JADI SAYANG…

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera..


Alhamdullillah, hari ini tanggal 11.11.11 telah terciptanya satu sejarah baharu dengan lahirnya blog ini yang bakal menggegarkan segala isi dunia. Hahaha.. Hiporbola sungguh mukadimah. Di sini ada beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang blog ini yang akan dinyatakan dalam bentuk soalan-jawapan..


S : Kenapa baru sekarang mahu membina blog?
J : Saya tak ada jawapan untuk itu. Tiba-tiba semangat untuk menulis itu datang berkobar-kobar dalam jiwa. Hehe.. Saya rasa sangat teruna.. Eh2., TERUJA untuk menulis..


S : Ada ke orang nak baca blog ini? Sudah berlambak blog seperti anda ini di luar sana..

J :  Saya tidak boleh paksa orang baca penulisan saya. Yang penting saya dapat kongsikan apa yang saya rasa, apa yang saya fikir..


S : Apa bentuk penulisan anda? Dalam kata lain anda mahu tulis tentang apa?

J : Saya belum fikir tentang itu. Kita sama-sama lihat. Huk3


S : Kenapa Ubat Sofuan?

J : Saya harap blog ini dapat mengubat jiwa dan rasa pembaca. DUKA jadi GEMBIRA. TANGIS jadi TAWA. SAKIT jadi SELESA. Untuk Buat Anda Tersenyum/tertawa.


S : Ada apa-apa lagi?

Ada. Saya mungkin akan bahasakan diri saya sebagai ‘saya’ atau ‘aku’ mengikut ‘mood’ dan kesesuaian cerita itu.



"Berkata aku tanpa suara, menangis aku tanpa air mata.."

Sofuan Saadon
Tanjung Malim, Perak
11.11.11

Lihat ini juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...