Mengapa harus...


"MENGAPA harus kita menghabiskan waktu MEMIKIRKAN perkara yang BURUK, MENGECEWAKAN dan MENYAKITKAN
sedangkan kita sebenarnya mampu untuk MENEMUKAN banyak hal yang INDAH dan BAIK di sekeliling kita...”

HULUBALANG

JANGAN KLIK ATAS!

Rabu, 21 Disember 2011

#25 APABILA SOFUAN MEROSAKKAN LAGU

Lagu dapat menjadi UBAT kepada jiwa. Kita dapat kenal seseorang itu melalui lagu yang dia dengar. Seseorang dapat menginterpretasikan perasaannya pada waktu itu hanya dengan melalui lagu. Orang yang jiwanya sentimental akan mendengar lagu-lagu yang bernada melankolik dan begitu juga sebaliknya. Penilaian lagu pada hari ini bukan lagi atas dasar hiburan atau keseronokkan semata-mata tetapi lebih daripada itu.

Aku sendiri yang tiada apa-apa ilmu dalam bidang muzik ini, tidak hanya mendengar lagu yang mempunyai melodi yang sedap tetapi lebih melihat kepada lirik sesuatu lagu itu atau mesej yang ingin disampaikan oleh penulis. Tidak guna jika lagu itu hanya sedap dihalwa telinga tetapi pada masa yang sama tidak memberi sebarang manfaat kepada pendengar.

Hahaha.. Rasanya aku berjaya membuat pendahuluan yang berunsur akademik untuk entri kali ini. Bukan apa, aku sebenarnya nak bagi kontra dalam setiap entri aku. Jika anda perasan, permulaan entri aku sahaja yang nampak berilmiah tetapi tidak pada pertengahan dan perakhirannya. Keh keh keh

(Nota : Sebelum ini pernah ada orang minta izin daripada aku untuk gelak ‘keh keh keh’ ini. Buat pengetahuan semua, gelak ‘keh keh keh’ ini bukan saya yang punya. Saya sendiri mula gelak macam ni selepas terpengaruh dengan blog Zack Zukhairi. Jadi nasihat saya, sesiapa yang ada gelak yang dia cipta tu, sebaiknya dipatenkan untuk mengelakkannya ditiru oleh orang lain..)

Sama ada anda sedar atau tidak, aku sering memberi ‘link’ lagu-lagu yang aku suka dengar di profil facebook aku. Aku ni jenis yang kalau suka sesuatu lagu itu, aku akan dengar berpuluh-puluh kali setiap hari sehinggalah aku jumpa lagu baharu yang lain. Kemudian, aku akan dengar pula lagu baharu itu sehinggalah aku jemu dan langkah ini diulang kepada lagu yang lain pula. Hehe..

Entri kali ini agak istimewa kerana aku akan kongsikan kepada anda video-video lagu yang semuanya ada kaitan secara lansung dengan aku sepanjang aku hidup 22 tahun ini. Semua video-video lagu ini adalah antara lagu-lagu yang aku berjaya rosakkan. Hakhak.. Ada video-video ini yang aku tidak pernah tunjukkan kepada sesiapapun dan ianya eksklusif untuk anda. Ceewahh..

1. SELAGI ADA RINDU

Lagu 'Selagi Ada Rindu' ni aku mula-mula dengar masa aku kerja dekat dewan makan Sek. Men. Teknik Kuala Selangor. Semasa tengah tidur dalam bilik rehat untuk tunggu budak makan tengah hari, kawan sekerja aku (Pak Lang Sayur) pasang lagu ni..


Bilik rehat

Pak Lang Sayur

Selepas dengar lagu ni, aku yakin lagu ni akan popular seperti lagu 'Cinta Tiga Segi' dan tekaan aku tepat. Sebulan lepas tu, semua orang bercerita tentang  lagu ni. Semua orang cari lagu ni. Aku buat video ni pun masa lagu ni tengah hangat sebab aku tertarik dengan lirik lagunya. Mohon jangan komen suara. Nikmati saja lagunya!


2. KAU MILIKKU

Video lagu kedua yang aku nak kongsikan pula adalah video lagu I'm Yours yang telah ditukarkan liriknya kepada bahasa Melayu. Idea untuk buat video ni aku dapat daripada video ini..


... dan ini versi Sofuan Saadon..


3. ANAK

Video seterusnya adalah lagu 'Anak'. Aku mula dengar lagu ini selepas Felix AF3 menyanyikannya dalam konsert AF. Lagu diringi petikan gitar Yazer dan Sham Kamikaze (klik).


... dan ini pula versi Sofuan Saadon punya. Jangan tanya maksud bahasa Tagalog tu. Aku tak faham pun!



4. CINTA WANGI DAN BUSUK

Aku wangi, kamu semua busuk! Video asal..


... versi Sofuan Saadon..




5. GENGGAMAN SEJAGAT


Rasanya ada yang dah tahu aku pernah masuk Pertandingan Sayembara Puisi dan Lagu masa aku sekolah menengah dulu. Sejujurnya, aku tak pernah niat pun nak masuk. Kawan aku si Farid Azmi ni yang beriya-iya ajak aku. Dia kata dia nampak bakat aku. Padahal bukan aku tak tahu yang dia dah tak ada orang lain. Pandai ang main politik dengan aku Yed. Apapun, aku sangat berterima kasih dekat beliau sebab ini adalah antara pencapaian terbaik aku dekat sekolah dulu. Dia yang buka peluang kepada aku.

Lagu ini telah memenangi tempat pertama peringkat daerah hasil bimbingan Cikgu Hanif (betul kot Cikgu Hanif, aku lupa. Haha..) Walaupun kalah dekat peringkat negeri tapi aku puas sebab ada juga kenangan yang aku boleh bawa daripada situ. Hehe.. Melodi asal lagu ni dicipta oleh Cikgu Hanif dan diubahsuai oleh Farid Azmi manakala lirik pula daripada Cikgu Hanif, Farid, aku dan Hafizi Abu Hasan. Pasangan duet aku ialah 
Najmi. Bukan Nazmi Faiz, tetapi Najmi Zawawi.



Semua yang tengok video ni akan komen cara jalan aku. Mohon anda jangan buat perkara yang sama demi menjaga hati saya yang mudah terusik ini. Sekian!


Wajah selepas beroleh kemenangan. keh keh keh.. Tahniah juga diucapkan kepada pasukan kompang kerana mendapat tempat kedua. Aku tahu hampa sebenarnya layak jadi johan. Hanya kita yang tahu apa sebenarnya yang terjadi dalam pergiraan markah juri waktu itu. Jika tidak, dua piala dalam genggaman kita!


Gambar di atas pula adalah wajah selepas MENANG menanggung kekalahan peringkat negeri di Taiping. Mungkin ramai yang tidak tahu. Dulu gaya kaki kangkang dengan mata terpejam seperti itu popular ketika mengambil gambar!

Lokasi : Zoo Taiping

6. PERMATA DICANAI

Lagu ini aku cipta sempena Bengkel Penulisan Kreatif atas permintaan Aishah Asis selaku pengarah program untuk bengkel ini. Bengkel ini telah dijalankan pada 28/3/2010 di Rock Eco Resort. Jika anda perasan lagu ni sama seperti lagu Genggaman Sejagat, aku cuma ubah liriknya sahaja. Kredit kepada Faizal Rock kerana iringi lagu ini dengan petikan gitarnya..



7. KAU ILHAMKU


Lagu ini pula dinyanyikan semasa majlis penutup Bengkel Penulisan Kreatif tersebut..


8. FANTASIA BULAN MADU


Yed, Amirul dan Lan telah bagi cadangan untuk buat persembahan masa sambutan hari guru sekolah. Aku ikut je masa tu. Kami telah pilih lagu 'Fantasia Bulan Madu' nyanyian kumpulan SEARCH. Sekali lagi aku berduet dengan Nazmi.






Aku yang tengah tu. Hehe.. Dalam video ni ada dua lagu. Lagu yang kedua tu nyanyian Amirul. Kesian Lan sebab tak nampak dia dalam video ni. Nampak kolar baju je masa dia main tu. Hahaha..


9. KU DIHALAMAN RINDU



10. SERANG BANG SERANG


Selepas aku habis SPM dulu aku pernah mengikuti kursus Bahasa Inggeris di bawah tajaan FELDA di Kelana Jaya. Semasa di sana, kami telah diminta untuk menghasilkan lagu buat skuad bola sepak FELDA UNITED. Lagu tersebut  akhirnya berjaya dihasilkan oleh Muhamad Ramadan dan kami telah mempersembahkan lagu tersebut di hadapan Tan Sri Yusuf Nor (Pengerusi FELDA ketika itu.) Sebagai hadiahnya, kami telah mendapat wang tunai yang perlu dikongsikan bersama pom pom girl yang juga terlibat dalam persembahan tersebut. Hehe.. Kalau tak silap aku setiap orang dapat RM50. Malangnya lagu tersebut hanya habis di situ. Jadi, aku nyanyikan semula supaya aku tak lupa lagu ni..


Terkeluaq bahasa 'utara' aku dalam lagu ni. Hakhak!


11. HENTIAN INI


Antara lagu wajib apabila karaoke. Maaf, video tak jelas. Hanset cap ayam.. Jika anda dengar suara sumbang di belakang tu, itu adalah suara anak Pak Ngah Tan. Haha..



12. HARI INI DAN SEMALAM


Pertama sekali aku memohon kemaafan kepada semua yang ada  dalam video ini kerana tidak meminta kebenaran daripada anda semua terlebih dulu sebelum aku muat naik video ini. Aku rasa video ini tidaklah keterlaluan dan juga tidak mencolok mata orang yang meihatnya. Ampun ya kawan-kawan. Hakhak!



13. MAKNA APAKAH INI


Lagu asal adalah 'Bukan Kerana Nama' nyanyian Ramli Sarip.



p/s : Rindu zaman muda-muda.. :'(



......



2 ulasan:

Lihat ini juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...