Mengapa harus...


"MENGAPA harus kita menghabiskan waktu MEMIKIRKAN perkara yang BURUK, MENGECEWAKAN dan MENYAKITKAN
sedangkan kita sebenarnya mampu untuk MENEMUKAN banyak hal yang INDAH dan BAIK di sekeliling kita...”

HULUBALANG

JANGAN KLIK ATAS!

Jumaat, 9 Disember 2011

#23 APA ADA PADA NAMA?

Semua orang ada nama. Sedangkan 'batu' pun kita panggil 'batu'. Macam tu juga dengan aku. Nama aku Muhammad Sofuan bin Saadon. Encik Saadon dan Puan Aziah yang bagi nama tu 22 tahun yang lalu. Apa sebenarnya yang ada pada nama aku ni? Hehehe


Semua dah tahu kan makna tersirat di sebalik nama aku tu? Hehe.. Dan aku yakin dan percaya makna nama kawan-kawan semua pun mesti baik-baik kan. Bukan apa, bagi nama ni bukan boleh main-main. Teringat satu kisah masa aku sekolah dulu. Kisah ni cikgu aku yang cerita dan aku pula nak kongsikan cerita ini dengan kawan-kawan semua.

Al kisah, ada sepasang suami isteri yang baru memperoleh cahaya mata. Nak dijadikan cerita, si suami ini berhasrat untuk menggabungkan nama dia dan isteri untuk dijadikan nama anak mereka ini. Dan hasil gabungan nama tersebut adalah seperti berikut :

SUAMI = YAHYA
ISTERI = MAHANI
SUAMI + ISTERI = YAMAHA

SUAMI = DAUD
ISTERI = MAZ
SUAMI + ISTERI = MAZDA

HAHAHA.. Kami satu kelas ketawa keras perut lepas cikgu tu habis cerita. Agak-agakla kan.. Tak kan la nama motor dan kereta kita nak bagi dekat anak-anak kita. Tak senonoh lansung! Hakhak..

Selesai satu bab! Kita masuk bab yang baru. Aku ada terbaca kita boleh berdosa kalau panggil nama seseorang itu dengan panggilan nama yang dia tidak suka. Hmm.. walau bagaimanapun, kawan-kawan jangan risau sebab aku tak kisah pun orang nak guna panggilan apa untuk aku..


Ha... satu lagi. Aku sebenarnya dah ada nama untuk anak aku nanti. Aku nak letak nama anak aku Muhammad Safuan. MUHAMMAD SAFUAN BIN MUHAMMAD SOFUAN. Boleh tak macam ni?

p/s : AKU SERIUS!

......

1 ulasan:

  1. hahahha,,,, untung la name ade maksud,,, aku nie,,,, sob2 je la,,,,

    BalasPadam

Lihat ini juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...