Cantik tak gambar kartun ini? Menarik bukan? Sebenarnya ada kisah disebalik gambar ini? Nak tahu tak? Tak nak? Ok fine! Aku nak cerita juga..
Sebelum aku pergi dengan lebih jauh aku nak kenalkan kepada anda semua dengan pelukis kartun ini dahulu. Ilustrasi ini dilukis oleh seorang pelukis komik yang bernama Irfan Foner. Secara peribadi aku tidak mengenali sangat Irfan Forner ini tetapi aku suka tengok hasil lukisan kartunnya.
Aku ni lansung tiada bakat melukis, jadi aku berasa kagum dan seronok tengok kartunis melakarkan karya-karya kartun mereka. Jadi, aku telah ‘add’ semua kartunis yang aku kenal seperti Ujang, Kartunis Ubi, Kartunis Lengkuas, Fadhli Hamdan (Conteng-Conteng) dan termasuklah Irfan Foner ini di laman sosial facebook.
Suatu hari, Irfan Foner telah muat naik satu gambar kartun yang dikatakan telah muncul dalam mimpinya. Sebaik sahaja tengok gambar tersebut aku terus terfikirkan 'sesuatu' dan aku terus hantar satu mesej ke 'inbox' facebooknya. Ketika itu aku lansung tidak meletakkan sebarang harapan.
Manusia pelik yang dikatakan muncul dalam mimpi Irfan Foner itu.
Gambar asal klik di sini.
'Mesej' yang aku hantar tersebut adalah permulaan kepada semuanya. Dalam mesej tersebut aku telah buat suatu permintaan kepada Irfan Foner. Aku telah minta dia lukiskan satu gambar yang sentiasa bermain-main dalam fikiran aku ketika itu. Bagi mengetahui dengan lebih jelas ‘mesej’ yang dihantar oleh aku itu, aku 'print screen' di bawah ini supaya semua dapat lihat dan jelas dengannya..
Aku tak sangka yang Irfan Foner telah beri respon yang positif kepada permintaan aku itu. Namun begitu, aku masih tidak meletakkan harapan yang tinggi kerana aku tahu yang dia sibuk dengan kerjanya yang lain. Tambahan pula, aku tidak mampu membayarnya apa-apa.
Irfan Foner sendiri telah ‘update’ status di facebooknya mengenai permintaan aku itu..
Alhamdullillah, dua hari selepas itu Irfan Foner telah berjaya menyiapkan lukisan yang aku minta dia lukiskan itu. Walaupun lukisan tersebut ada sedikit perbezaan dengan situasi yang aku lihat itu tetapi ianya dan cukup bagi aku. Terima kasih kepada Irfan Foner kerana telah merealisasikan impian aku untuk melihat situasi itu dalam bentuk visual (ilustrasi). Sememangnya, hingga ke hari ini aku tidak dapat melupakan Si Pengemis dan anjing itu. Gambar asal ilustrasi tersebut anda boleh lihat di sini.
*********
Entri kali ini juga aku ingin kaitkan dengan seekor kucing yang bernama Hero. Kisah kucing bernama hero ini pernah masuk dalam Buletin Utama tv3.
Aku pasti walau siapa pun anda, anda pasti terusik dengan kisah Hero ini. Bagi mengetahui kisah Hero ini dengan lebih lanjut, anda boleh carinya di enjin carian google. Taip saja ‘HERO, KUCING BERKAKI DUA.’ Videonya juga banyak di youtube. Anda boleh lihat jika anda seorang yang kuat. Hanya kerana mencuri seekor ikan, kaki Hero dipotong! Jika difikirkan logik akal, tak sangka ada manusia yang lansung tidak berperikemanusiaan seperti itu. Nabi Muhammad sendiri terlalu kasih kepada haiwan terutamanya kucing. Semoga orang yang kutip dan jaga Hero itu mendapat balasan yang baik di dunia dan akhirat. Insya-Allah..
Erm.. aku rasa dua kisah dalam satu entri aku ini telah bawa mesej yang cukup jelas kepada kita semua. Jika manusia dengan haiwan pun boleh ada nilai insannya, kenapa tidak kita sesama manusia. Lupakan segala sengketa. Hidup ini lebih indah dihiasi dengan pelangi daripada asap benci. Akhir kata daripada aku, tepuk dada tanya iman. Jangan tanya selera kerana selera seringkali melampaui batasnya. Dan jika anda mampu, sebarkan mesej keamanan ini kepada semua. Aku tinggalkan dengan dua buah lagu yang aku rasa sesuai dengan kisah yang aku kongsikan pada kali ini. Terima kasih dengan kesetiaan anda..
YOU WILL NEVER FIND IT ANYWHERE ' I K H S A N '
......
huuu , sedeh cgt larr , bile larr mnusia2 y kejam nih na sedar , jgn kan memotong kki kucing , y sepak , campak pown , ase na sepak owang tuh balek ! huh ! cowi , emotional lak , biasalarr ,,, hahaha ~
BalasPadamsedih betul..mengalir air mata tgk hero....xberhati perut tol.
BalasPadam