Mengapa harus...


"MENGAPA harus kita menghabiskan waktu MEMIKIRKAN perkara yang BURUK, MENGECEWAKAN dan MENYAKITKAN
sedangkan kita sebenarnya mampu untuk MENEMUKAN banyak hal yang INDAH dan BAIK di sekeliling kita...”

HULUBALANG

JANGAN KLIK ATAS!

Jumaat, 30 Disember 2011

#30 PUISI BUAT LISA



PUISI BUAT LISA

Oh Lisa
Aku karang puisi ini
Puisi cintaku untukmu..

Oh Lisa
Aku rindu kamu
Aku sayang kamu..

Oh Lisa
Walaupun jauh,
kita sabar menunggu..
Walaupun kau busuk,
Kau tetap di hatiku..

Hanya puisi ini
Ku cipta untukmu 
Penawar rindu
Pengganti diriku..

Bila kau sedih, aku turut rasakannya..
Bila kau gembira, aku rasa bahagia..

Kini kau pergi, 
tinggal aku sendiri,
Aku sepi, tanpa kamu di sisi..

Aku rela undur diri demi lihat kau bahagia, 
kerna aku tahu mencintai tak semestinya memiliki..
Aku tak bersedih dengan kebahagiaan yang pergi,
kerana aku pasti ada bahagia lain yang menanti..

Walau kau tak aku miliki,
Melihat kau bahagia sudah cukup buat aku bahagia.. :(
Oh Lisa
Peritnya aku rasa
Oh Lisa
Moga kau bahagia.....

OH LISA
KAU BUKAN LAGI MILIK KU~

p/s : Lisa bukan nama sebenar. Jangan saman saya..


......



Kembara : Impian Anak Jalanan


 Kau mampu patahkan sayapku
Kau mampu tambatkan kedua kakiku
Tapi kau tak akan dapat
Mematahkan semangatku untuk hidup..

......


Khamis, 29 Disember 2011

#29 GEJALA-GEJALA PELAJAR APABILA PEPERIKSAAN TIBA

1.  Membaca tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. 
Yang kepoh jadi pendiam. Orang masuk keluar bilik pun dah tak perasan. Kalau orang tanya, jawab pun dengan muka pandang buku.

2.  Membaca dengan kadar yang cepat
Faham atau tidak itu perkara kedua. Yang penting ada point untuk ‘goreng’ soalan subjektif. Soalan objektif lagi senang, bulat-bulat  je. Hahadoii..

3.  Nak turun kafe tu fikir 2,3 kali
Tak pun sekali sehari je. Dah tu tak ada masa nak makan dekat kafe dah. Main bungkus je. Sambil makan dalam bilik boleh baca apa yang patut. Kalau ada kawan yang tolong bungkuskan makanan, sangatlah indah hidup.

4.  Orang yang jenis audiotori pulak masa ni lah bukak mp3 volume paling sakit telinga. 
Tapi masa ni memang tak sakit telinga sebab sakit otak lebih daripada sakit telinga.

5.  Kalau main mesej tu balas sikit-sikit je.
Pendek-pendek. Tak ada masa fikir nak taip panjang-panjang. Kawan punyalah taip tulis dua muka surat, kita balas ‘k’ je. huhuhu.. Nah! Ambil ubat. Kacau orang lagi!

6.  Mula bukak buku yang tebal-tebal. 
Buku yang patutnya perlu baca untuk satu semester, boleh habiskan dalam satu malam je. Fuh, dasyattt…

7.  Asyik-asyik tengok jam. 
Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Siap tanya lagi kawan sebelah. Yela, masa itu emas kan?

8.  Stok Nescafe, kopi Tongkat Ali, kopi Mak Dara, cucu dara semua lengkap untuk jaga malam. Tiap-tiap malam minum sampai dah tak ada kesan. :)

9.  Meja belajar bersepah. 
Mana dengan highlighter, pen biru, hitam, merah. Kertas-kertas nota lagi. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari perpustakaan semua nak bukak serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.

10. Dekat ‘wall’ facebook penuh dengan status maaf dan ‘doakan exam nanti’. 
Padahal sebelum ni ‘post’ status bukan-bukan.. huk3.

11. Waktu tidur dan bangun tidur telah bertukar shift. 
Sampai satu tahap dah tak boleh beza matahari dengan bulan bintang. Tahap kronik dah ni!

12. Jerawat mula tumbuh berkeliaran di muka seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ akibat daripada tekanan peperiksaan
Pakej beserta kelemumur dengan uban sekali. Lengkap!

13. Dah tak ada masa nak sembang-sembang kosong. 
Semua sembang akademik yang dapat menguji keintelektualan minda. Dah tak ada gosip-gosip!

14. Masa nak tidur tu tak lepas pegang buku dan nota. 
Konon-konon dengan cara tu, maklumat dalam buku dapat serap masuk terus ke otak masa tidur macam copy filem daripada internal disk. Bijak bukan? (macam pernah buat je? huhuhu..)

15. Alhamdullillah, mula rajin dekatkan diri dengan tikar sembahyang.
Dah tak lengah-lengahkan solat, buat solat Hajat, Qiamullail, baca al-Quran dan berdoa mohon permudahkan urusan.

16. Masa ni mula terfikir kenapa tak belajar awal-awal dulu
Haihh.. Pastu pulak buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam semester sekarang. Tup tup, semester depan sama je, malah lebih teruk. HAHAHA..

Konklusinya, jangan usik budak nak exam. Hormon mereka tengah berkeliaran masa ni. Cepat je naik kaki. Hakhak! Anda nombor berapa? :)

p/s : Tak perlu minta izin kalau nak 'share'.. ^^

Disalin dan diubahsuai daripada : Nur Duraney dan fieqilah.blogspot.com


.......



Rabu, 28 Disember 2011

#28 AKU SEORANG LELAKI


LELAKI,
Lebih kuat,
Lebih jauh fikirnya,
Lebih panjang akalnya,
Sembilan berbanding satu.

LELAKI,
Tembok egonya sukar diroboh,
Usah digoyang, usah digoncang,
Kelak runtuh menimpa diri.

LELAKI,
Terhad nafsunya,
Satu berbanding sembilan,
Namun bukanlah lelaki,
Andai nafsunya tidak menginginkan semua jelitawan
dan bidadari,
Andai nafsunya tidak sampai ke mati.

LELAKI,
Tidak memahami wanita,
Ketahui jua wahai lelaki,
Wanita juga tidak memahami lelaki,
Kontras inilah sunnah dunia,
Selamanya..

LELAKI,
Pikullah status dan jantina ini,
Kekal bersamanya,
Kekal bersamaku, kerna...
AKU SEORANG LELAKI.


Oleh : As Syramy

......


Selasa, 27 Disember 2011

M. Nasir - Apokalips


Ada masanya aku suka berteman
Ada masanya aku suka bersendiri
Ada masanya aku suka berjalan
Ada masanya aku suka berehat...

......


#27 CINTA DAN KENTUT

Muka lega!

"Cinta itu macam KENTUT. Ditahan TERSEKSA diri, diluah MALU sendiri.." 
Keh keh keh


p/s : Ingin tahu personaliti anda mengikut jenis kentut? Klik 'Personaliti dan Kentut'..


......


Sabtu, 24 Disember 2011

# 26 AKU DAN MAWI : Suratan, Kebetulan atau Ketentuan?

1. LELAKI

Persamaan pertama aku dengan Mawi adalah kedua-dua kami berjantina lelaki. Rasanya semua orang tidak dapat nafikan tentang kenyataan aku ini atau ada orang yang nak aku buktikan kelakian aku? Boleh sahaja.. Haha

2. ANAK FELDA


Aku dan Mawi merupakan anak kepada peneroka FELDA. Mawi dari Felda Taib Andak, Kulai, Johor manakala aku dari Felda Lepang Nenering, Perak. Seorang di sebelah selatan, seorang lagi di sebelah utara.


Felda Taib Andak

Felda Lepang Nenering

3. KIDAL

Aku dan Mawi merupakan individu yang kidal atau menggunakan tangan kiri dalam banyak urusan harian. Dalam kata lain, tangan kiri kami lebih dominan berbanding tangan kanan.

MAWI

AKU

4. RAMBUT PENDEK

Semua orang tahu yang Mawi selesa dengan potongan rambut pendek sejak dalam AF lagi. Tak pernah kita lihat dia rambut panjang melainkan dia pakai rambut palsu. Dia sama dengan aku. Bezanya aku ada sebab berambut pendek. Bukan saja-saja terutamanya ketika sekolah menengah dulu. Mungkin ada yang perasan rambut aku ni cepat panjang berbanding orang lain. Kalau nak diikutkan setiap dua minggu sekali kena potong. Jadi sebagai usaha penjimatan, aku akan potong pendek terus setiap kali pergi kedai gunting rambut supaya rambut aku lambat panjang. Haha.. Jimat duit aku!

MAWI

SAWI

Bukan rambut je, misai dan janggut macam tu jugak. Hari ni cukur, esok dah tumbuh lain. Tu yang kadang-kadang aku nampak serabut dengan berkumis. Bukan aku malas nak merapikan tapi cepat sangat tumbuhnya. Sampaikan dekat pipi pun boleh tumbuh. Aduyai..Tak ke pelik? Tak tahu datang dari celah mana. Mungkin hormon testosterone aku banyak kot. Subur aku ni. Hakhak!

Namun begitu, bukan semua yang tumbuh sendiri. Ada juga yang aku saja-saja tambah. Contohnya seperti gambar ini..

Misaiku yang lebat. keh keh keh

5. ANAK YATIM

Ayah Mawi iaitu Allahyarham Ani bin Ahmad telah kembali ke rahmatullah pada 2 Julai 2006 (Ahad) setelah bertarung dengan komplikasi jantung selama dua bulan.(klikAyah saya pula telah meninggal dunia pada 5 Disember 2004 juga pada hari Ahad akibat serangan jantung pada saat-saat akhir.


Sumber gambar : http://mediamalaya.com/kisah-mawi-ekin-pusara-ayah-juga-di-komersialkan/


6. NASYID DAN TILAWAH

Mawi sebelum bergelar artis pun telah bergiat aktif dalam pertandingan nasyid dan juga tilawah Al-Quran. Mawi sendiri pernah bertanding tilawah di kampung aku. Mawi juga pernah menjadi anak angkat kepada mak kawan aku, Hafizi Saad. Aku pun dulu selalu juga masuk pertandingan nasyid dan tilawah. Itupun sebab dah tak ada orang lain. Masuk sekolah menengah terus tak sertai mana-mana pertandingan dah sebab bagi peluang dekat orang lain pula. Hehe.. Dalam keterpaksaan itupun aku pernah menang tempat ketiga tilawah peringkat daerah. Keh keh keh

7. SAJAK AKU

Aku dah bagi 6 persamaan antara aku dengan Mawi. Persamaan yang terakhir ini agak menarik. Ianya tentang puisi. Semasa aku di tingkatan 4, aku ada buat satu puisi bertajuk ‘AKU’..

Aku..
Siapa aku?
Perlukah aku cari siapa aku?
Adakah aku betul-betul aku?
Walau apapun aku tetap aku!
Tapi betulkah aku?
Bagaimana jika aku bukan aku?
Bagaimana pula aku ingin menjadi aku?

Silapkah aku?
Bolehkah aku jadi sentiasa aku?

Aku cuma harap aku jadi aku,
Bukan berbeza dengan diri aku,
Yang pasti aku adalah aku..
Aku bertuah dilahirkan sebagai seorang aku..

Itu aku?
Bagaimana dengan tanggapan orang kepada aku?
Adakah sama dengan aku?
Ataupun berbeza dibandingkan dengan aku?

Hmm..Aku tak kisah apa orang fikir tentang aku,
Aku sedar setiap kelemahan dan kekurangan aku,
Hanya aku tahu apa yang tersirat dalam sanubari aku.

Jangan cuba nak permainkan aku!
Jangan cuba ingin tipu aku!
Jangan cuba mahu datangkan masalah kepada aku!
Yang aku tahu, aku mahu terus jadi aku!

Tapi mampukah aku?
Tahukah aku,
Ramai lagi orang di luar sana seperti aku..
Ahhh..Itu semua hanya bayangan aku!
Nyah daripada pemikiran aku..!

Egokah aku?
Kolotkah aku?
Itukah aku?
Aku yakin dengan prinsip aku,
Aku adalah aku,
Aku sentiasa aku,
Dan aku tetap aku
ITULAH AKU...

Sofuan Saadon,
24/11/2005

Aku tak pasti adakah ianya secara kebetulan ataupun tidak tetapi cuba anda bandingkan sajak ‘AKU’ ini dengan puisi yang Mawi deklamasikan dalam video ini. Video tersebut telah dimuat naik pada tahun 2006 dan puisi aku pula dicipta setahun sebelum itu. Jadi, tak timbul isu aku tiru puisi Mawi ini..

Sajak Mawi

Baiklah, aku telah berikan 7 persamaan atau perkaitan antara aku dan Mawi. Bukti terakhir yang aku ingin berikan ini mungkin akan membuka mata anda semua. Kuiz di bawah ini aku tak main tipu macam yang aku buat dekat kuiz Wajah Artis Seiras Anda. Kuiz ini aku cuba sekali sahaja terus dapat Mawi. Hehe.



p/s : Aku ingat lepas ini aku nak cari persamaan antara aku dengan AARON AZIZ pula. Apa kata anda?


......


Khamis, 22 Disember 2011

WINGS - Belenggu Irama


Aku terikat tanpa tali
Aku berdiri tanpa bumi
Aku berkata tanpa suara
Aku menangis tanpa airmata..


......



Lihat ini juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...