Mengapa harus...


"MENGAPA harus kita menghabiskan waktu MEMIKIRKAN perkara yang BURUK, MENGECEWAKAN dan MENYAKITKAN
sedangkan kita sebenarnya mampu untuk MENEMUKAN banyak hal yang INDAH dan BAIK di sekeliling kita...”

HULUBALANG

JANGAN KLIK ATAS!

Selasa, 10 Januari 2012

#37 AKU KAN ABANG!

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera..

Nota ini khas untuk mereka yang bergelar abang dan mereka yang bergelar adik kepada seorang abang..

Sebelum itu kita lihat dialog iklan DIGI di bawah..

ADIK: Kenapa abang selalu buli aku??? 
ABANG: SEBAB AKU KAN ABANG!!! Hahaha..

Sejujurnya aku paling tak suka dengan dialog ini. Dialog iklan ini sentiasa menghantui aku ke mana sahaja aku pergi… Hmm, abang aku lahir dekat dunia ni memang untuk buli aku ke haa..???

*********************

Oh Abangku, 

Aku tulis nota ini untuk kau sebab sekarang aku rasa aku dah tahu sebab kau buli aku dulu. Aku tahu kau lelaki yang gagah perkasa memang suka buli aku insan yang lemah ini. Aku hairan sebab kau suka larang aku buat sesuatu perkara itu tetapi kau sendiri buat benda tu. Bagi aku ianya lansung tak adil! Cuba kau tengok balik apa yang kau buat tapi aku lansung tak ada peluang nak buat!

--------------------------------
Masa aku kecil dulu, kau selalu cakap macam ni..

"Kau ni sibuklah! Aku nak pergi mana-mana pun semua nak ikut. Duduk jelah dekat rumah tu!”

Waah…aku punya bengang masa ni. Ada ke patut kau cakap dekat aku macam ni? Bila aku nak keluar pergi mana-mana dengan kawan, kau tak bagi.. tapi kau tu boleh pula tiap-tiap hari lepak dekat luar!

Itu apa yang aku rasa dululah. Sekarang aku dah faham. Aku tahu sebenarnya dalam hati, kau nak cakap macam ni kan?

"Abang tak nak adik keluar macam budak-budak perempuan lain dekat luar sana tu. Adik kan perempuan. Abang tak nak adik jadi liar. Lagipun tak elok sangat selalu keluar, bahaya.. Abang tak kisah kalau adik nak marah abang pun sebab adik tak tahu lagi dunia dekat luar tu macam mana. Sebagai abang, memang dah tanggungjawab untuk lindung adik abang yang seorang ni. Abang sayang adik. Adik pun adik yang baik kan?” =)

----------------------------------
Kemudian, masa sekolah menengah kau pernah cakap dekat aku macam ni kan? Jangan buat-buat lupa..

"Kau jangan berani nak ‘kaple2’. Kalau aku dapat tahu, aku lempang kau dengan lelaki tu sampai lunyai.. Ada faham?”

Eleh.. Konon-konon nak marah aku kalau tahu aku ‘kaple’. Kau dulu tu macam aku tak tahu. PLAYBOY! Aku boleh senaraikan satu-satu nama awek-awek kau! Mana tidaknya, dapat awek baru, semua cerita dekat aku. Kau ingat aku nak tahu semua tu? Aku ingat lagi masa kau dapat tahu aku ‘kaple’ dulu pun, kau soal lelaki tu macam lelaki tu penjenayah. Dah macam polis aku tengok kau. Hahaha.. Sampai putus aku dengan lelaki tu. 

Apapun, aku tahu yang sebenarnya kau nak cakap macam ini kan?

"Abang bukan apa dik.. Kau jangan mudah sangat percaya dekat lelaki ni. Lelaki yang baik macam abang tak ramai pun dalam dunia ni.Keh keh keh. Abang tak nak adik pilih lelaki yang bukan-bukan. Lagipun abang tahu adik abang ni mudah sangat menangis. Abang tak nak adik bazirkan air mata dengan lelaki-lelaki yang macam tu. Abang tak nak adik abang sedih. Abang nak lelaki yang betul-betul boleh jaga adik abang. Selagi kau tak kahwin, aku yang kena jaga kau tahu? Sebabnya aku kan kan ABANG! Haha.. Boleh dik?

Tak boleh! =)

-----------------------------------
Ada lagi, kau pernah cakap macam ni depan aku..

"Weyh, aku lapar ni. Kau masak cepat. Aku nak air sekali, letak ais banyak-banyak. Masak bagi sedap! "

Lepas dah makan boleh pula kau cakap macam ni, "Weyh..basuh pinggan aku ni. Dapur jangan bagi sepah-sepah. Sakit mata aku tengok tahu?”

Waahhh... Banyak ‘ensem’ kau punya muka. Melampau ni... Kau ingat aku HAMBA ABDI kau.  Pemalas nak mampus.  Cis!

..tapi aku tahu dalam hati kau tu, kau cakap macam ni..

" Adikku, abang sebenarnya nak latih kau jadi isteri mithali.. Bayangkan kalau suami kau nanti macam abang? Adik kena bersedia jadi sekarang.  Tak kan adik nak pejam mata buat tak tahu sahaja kan? Abang yakin, masa tu mesti adik berterima kasih dekat abang sebab ‘buli’ adik dulu. Abang nak adik  jadi isteri dan mak yang baik. Abang juga nak adik abang jadi seorang yang penyabar. Sekurang-kurangnya abang dah ‘train’ adik awal-awal lagi sekarang. Hahaha..”

------------------------------------
Ada lagi ayat kau yang aku tak akan lupa sampai bila-bila..

"Kau jangan pandai-pandai nak kenal dengan kawan-kawan aku. Aku tak suka… tapi aku nak kenal kawan kau tak apa sebab kawan-kawan kau cun. Boleh aku ‘try’. HAHA”

"Kau ingat aku nak sangat ke dengan kawan-kawan kau tu? Aku tak hairanlah. Kawan-kawan aku lagi ramai. Kau tu yang menyibuk nak kawan aku tu tak malu ke ha?"

Hehe.. Sekarang aku dah tahu yang kau sebenarnya nak cakap macam ni..

"Abang bukan apa.. Abang kenal kawan-kawan abang tu. Semua kawan-kawan abang pelik-pelik. Adik abang kan baik. Sebab tu abang jaga adik abang. Harap adik faham.. Aik, salah ke abang nak ‘try’ kawan-kawan adik tu? Dah tu apa guna ‘kehenseman’ abang ni? Cuba cakap..

-------------------------------------
Kau juga pernah cakap dekat aku macam ni..

"Kau ni kenapa ha?? Suka buat aku marah?”

Habis tu kau tak pernah buat aku marah ke? Aku menyampah tengok muka kau tahu tak?
..tapi itu dululah. Sekarang adik tahu yang dalam hati abang tak macam tu kan?


“Abang nak adik biasa kena marah sebab abang nak adik tahu yang dunia ni kadang-kadang kejam. Abang nak kau jadi kuat adikku. Suatu hari nanti bila kau jatuh, abang nak kau bangun semula dan jangan sesekali kau jatuh lagi. Ingat tu dik. Satu pesan abang, jangan kita menghabiskan masa memikirkan perkara yang buruk,mengecewakan dan menyakitkan sedangkan kita sebenarnya mampu menemukan banyak hal yang indah dan baik di sekeliling kita. Kita punya banyak pilihan dik dalam hidup ini…”


SAYANGILAH ABANG KITA. BAIK BURUK CUMA TU ABANG YANG KITA ADA.. :P


p/s : Bagi mereka yang tiada abang, saya bersimpati dengak kalian. Bagi mereka yang ada abang tapi tak berguna, sangat malanglah anda. Hakhak!

Disalin dan diubahsuai daripada : Fb Ili Amirah


......


5 ulasan:

Lihat ini juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...