Mengapa harus...


"MENGAPA harus kita menghabiskan waktu MEMIKIRKAN perkara yang BURUK, MENGECEWAKAN dan MENYAKITKAN
sedangkan kita sebenarnya mampu untuk MENEMUKAN banyak hal yang INDAH dan BAIK di sekeliling kita...”

HULUBALANG

JANGAN KLIK ATAS!

Ahad, 8 Januari 2012

#35 Serba Salah Dalam Hidup

Terdapat suatu kisah iaitu seorang lelaki bersama anaknya membawa seekor keldai ke pasar. Di tengah jalan, beberapa orang melihat mereka dan menyindir: “Lihatlah orang dungu itu. Mengapa mereka tidak naik ke atas keldai itu?”

Kedua-dua bapa dan anaknya mendengar sindiran tersebut. Maka dia suruh anaknya naik ke atas keldai. Seorang perempuan tua melihat mereka dan berkata: “Sudah terbalik dunia ini. Anak itu tidak ada perasaan. Sanggup dia duduk selesa di atas keldai, sedangkan ayahnya yang tua dibiarkan berjalan!”

Kali ini anak itu turun dari punggung keldai dan ayahnya pula naik. Beberapa saat kemudian mereka bertemu dengan seorang gadis muda. “Mengapa kalian berdua tidak menaiki keldai itu bersama-sama?”

Maka mereka pun menuruti nasihat gadis muda itu. Tidak lama kemudian, mereka terserempak dengan sekumpulan orang dan berkata: “Binatang malang…., ia menanggung beban dua orang gemuk tidak berguna. Kadang-kadang manusia memang sangat kejam! ”

Sampai di sini, ayah dan anak itu sudah muak. Mereka memutuskan untuk memikul keldai itu. Melihat kejadian itu, orang yang melihat tertawa dan berkata: “Lihat, manusia keldai memikul keldai ” sorak mereka.

Sofuan : Jika anda cuba menyenangkan atau memuaskan hati semua orang, pasti anda tidak akan dapat menyenangkan sesiapa pun. Buatlah apa sahaja yang anda rasa betul asalkan tidak bercanggah dengan agama, adat dan undang-undang. Mustahil kita dapat puaskan hati semua orang di sekeliling kita kan?

 Disalin dan diubahsuai daripada : Eksaiklopedia Petua Melayu Lama


......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lihat ini juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...