Mengapa harus...


"MENGAPA harus kita menghabiskan waktu MEMIKIRKAN perkara yang BURUK, MENGECEWAKAN dan MENYAKITKAN
sedangkan kita sebenarnya mampu untuk MENEMUKAN banyak hal yang INDAH dan BAIK di sekeliling kita...”

HULUBALANG

JANGAN KLIK ATAS!

Rabu, 22 Februari 2012

#50 SELAMAT TINGGAL LISA

Sebenarnya lama aku fikir sebelum aku mula taip untuk buat entri ini. Aku tak pasti sama ada entri ini perlu atau tidak. Aku kalau boleh dah malas nak ingat kisah lama. Apabila ingat balik, pedih rasa hati ini tapi aku rasa aku perlu juga tulis supaya dapat ingatkan diri aku selain dapat beri pengajaran kepada orang lain juga.

Bagi yang mengikuti blog aku ini dari awal pasti tahu tentang kisah cinta terlarang aku dengan Lisa. Bagi yang baru mengikuti kisah ini boleh klik di sini , di sini dan di sini. Tipulah kalau aku cakap yang aku lansung tak rasa apa-apa untuk perpisahan ini tapi apakan daya aku? Apa yang aku mampu buat? Aku tak kuat sebenarnya. Erm.. Kita kadang-kadang lansung tak diberi pilihan dalam hidup ini kan?

SELAMAT TINGAL LISA? Ya, selamat tinggal aku ucapkan kepadanya kerana ini adalah yang terakhir kalinya aku tulis tentang dia. Lepas ini aku harap jangan ada lagi sesiapa yang kaitkan antara aku dengan Lisa. Semuanya telah berakhir.. TITIK! 

Lagipun aku dah ada yang lain. NEELOFA.
Keh keh keh.

Rasanya semua telah tahu bahawa Lisa akan berkahwin tidak lama lagi. Tahniah aku ucapkan kepadanya. Semoga perkahwinan yang terbina nanti berkekalan selamanya. Tak salah rasanya kan berkorban untuk lihat orang lain bahagia?

Bagaimana dengan anda pula? Setuju atau tidak dengan apa yang aku cakap ini?

Kad Kahwin Lisa

Aku rasa sudah tiba masanya untuk aku bersihkan nama aku yang telah sekian lama tercalar dan busuk ini. Jika sebelum ini, macam-macam tanggapan, sindiran, cercaan dan kritikan daripada orang luar terhadap aku. Apa salah aku? Ada yang kata aku perasan, tak sedar diri dan yang paling teruk sampai cakap aku GILA. Mereka cakap aku tak ubah seperti mengharapkan buah yang tak akan gugur sampai bila-bila. Aku betul-betul tak dapat terima! Sedangkan aku juga ada hati dan perasaan untuk rasa dipunyai. :’(
Kali ni aku nak berikan bukti kepada semua yang aku bukan macam tu. Bukan niat aku nak pertahankan diri aku, TIDAK..tetapi sememangnya sebelum ini kebenaran tidak pernah memihak kepada aku! Aku cuma nak orang di luar sana tahu kebenaran yang sebenar dan secara tidak lansung dapat MEMBERSIHKAN nama aku balik..
PENAFIAN LISA

Cuba lihat ini betul-betul? Siapa yang salah sebenarnya? Kenapa perlu dia sorokkan STATUS hubungan kami sedangkan sudah terang lagi bersuluh kami sememangnya telah ada hubungan yang lebih dari sekadar kawan ketika itu. Apa maksud dia ‘kami hanya sekadar kawan?’ Tidak bolehkah dia berterus terang sahaja dengan pihak media? Adakah dia takut reputasi dia akan jatuh jika pihak luar tahu tentang hubungan kami ketika itu? Aku tak fikir macam tu sebab contoh telah ada. Cuba lihat Rosyam Nor, Aaaron Aziz dan juga Siti Nurhaliza. Walaupun telah berkahwin, peminat tetap di belakang menyokong karier mereka. Aku betul-betul terkilan sebenarnya dengan penafian Lisa itu.

Sehingga sekarang aku masih tidak faham kerana hubungan kami begitu baik sebelum itu. Kenapa perlu dia keluarkan kenyataan seperti itu?!



Hubungan mesra kami yang begitu baik sebelum itu dapat dibuktikan dengan status facebook Lisa ini yang dapat di lihat di page Lisa Surihani sendiri. Mungkin ramai yang tidak tahu. Panggilan mesra Lisa kepada aku ialah Sofy iaitu singkatan untuk Sofuan. Mohon jangan tanya apa yang dimaksudkan dengan ‘beraksi’ itu. Itu sangat rahsia untuk aku kongsikan dengan anda semua. Biarlah ianya kekal bersamaku. Tidak perlu orang lain tahu.

Baiklah, aku tinggalkan segala persoalan itu untuk anda semua jawab. Aku rasa cukup untuk kali ini. Kalau aku terus menulis, aku takut ada air mata yang menitik nanti. Redha itu ikhlaspasrah itu menyerah. Dan kini aku PASRAH untuk sekarang dan SELAMANYA….

Kebahagian aku adalah apabila melihat kau bahagia.. :'(

Video Lisa di Puankan..


Pahitnya sebuah kenyataan itu sebenarnya lebih indah daripada mimpi 
yang hanya sekadar mengasyikkan..

p/s : Semoga dia dapat menjaga kau sama seperti aku menjaga kau dulu. =)

......




Isnin, 20 Februari 2012

#49 SITUASI HARI PERTAMA KULIAH


1. BANGUN LAMBAT. Inilah bahananya tidur lambat. Sebelum ini duduk rumah tidur lambat pun tak apa sebab tak ada kuliah. Bangun-bangun terus makan tengah hari. 

2. BAJU BARU. Kalau orang perempuan tengok kawan dia pakai baju baru sikit, mesti tanya itu ini. Harga, beli dekat mana, bla..bla…

3. JADI KETUA KELAS. Kalau aku tak suka sangat jadi ketua ni. Kalau ponteng pensyarah perasan. Aku dah kena dah semester lepas. Aku tak tuang lansung kelas sebab aku ketua. Sila kagumi. Keh keh keh

4. PENSYARAH PROMOSI BUKU. Aku ni bukan kisah sangat kalau pensyarah suruh beli buku beliau tu sebab akupun dapat ilmu daripada beliau juga. Cuma kadang-kadang tu, buku yang dibeli tak guna pun dalam kuliah. Apapun, buku tu boleh buat pembacaan di rumah tapi aku baca ke?

5. TUANG KELAS. Hari pertama dah tuang kelas ke? Ish3.. Selalunya sebab bangun lambat, hujan dan yang seangkatan dengannya.

6. DAPAT TUGASAN. Hari pertama patutnya berkenal-kenalan dulu la kan?

7. SESAT. Kalau pelajar UPSI aku tak hairan sangat sebab semester ini mula guna kampus baru.

8. RAMAI-RAMAI KE FAKULTI. Selalunya masa awal semester ini masih ramai yang belum sempurna jadual kuliahnya. Jadi, fakulti memang dah jadi macam rumah kedua dah.

9. TUNGGU PENSYARAH. Situasi ini lanjutan daripada situasi no 8. Tunggu pensyarah bukan nak suruh belanja makan tapi nak minta tanda tangan dan pengesahan.


10. BERSAMBUNG………. (malas nak fikir sebenarnya..)

p/s : Ada lagi tak? Agak-agak anda nombor berapa?

......

Sabtu, 18 Februari 2012

#48 Kenapa Perlu Bersedih?

Seorang motivator naik ke pentas dan menceritakan satu kisah lawak. Semua dalam dewan ketawa bagai nak gila. Kemudian dia bercerita lagi kisah yang sama, kali ni separuh sahaja yang ketawa. Kemudian dia bercerita lagi, berulang kali sehingga tiada yang ketawa.

Kemudian dia tersenyum dan berkata… “Kita sedar kita tak dapat ketawa berulang kali untuk jenaka yang sama, jadi mengapa kita perlu menangis untuk perkara yang sama berulang kali?”

Kredit : Ceciter Ilmu

Tidak salah untuk berasa sedih, marah dan kecewa. Tetapi jangan biarkan perasaan negatif ini sehingga menguasai hidup kita..

......


Khamis, 9 Februari 2012

#47 AYAM WARNA-WARNI

Sebelum ini jika ada benda-benda kenangan semasa zaman kanak-kanak dulu, aku akan masukkan dalam facebook iaitu di sini. Sekarang ini setelah aku ada blog, aku akan terus masukkannya dalam blog dalam kategori UBAT KENANGAN. Seperti biasa, aku harap entri ini dapat mengembalikan semula nostalgia lama ketika kita zaman kanak-kanak dahulu.

Anda pernah tengok tak anak ayam yang berwarna-warni? Ingat lagi tak macam mana rupa ayam itu? Ayam warna-warni ini daripada rupa fizikalnya sama sahaja dengan anak ayam biasa, bezanya cuma bulu ayam ini yang berwarna. Sumpah comel!


Geram tak tengok anak-anak ayam ni? Hehe. Bagi yang tak pernah tengok mesti ingat gambar ni fake, telah di fotoshop ataupun anak ayam itu telah kena spray dengan pewarna. Akupun dulu ingat macam tu juga ketika kali pertama tengok. Aku ingat lagi, Encik Ayah pernah beli anak ayam ni dekat pasar malam suatu ketika dulu. Seekor 50 sen. Sekarang aku tak pasti ada jual lagi ke tak sebab tak pernah tengok dah pun..

Aku ingat warna anak-anak ayam ini akan kekal sampai besar. Rupanya tak. Apabila anak ayam ini semakin membesar, warna-warna itu akan semakin hilang dan ayam itu akan kembali kepada warna asal sama seperti anak ayam yang lain.


Akupun tak tahu sangat tapi apa yang aku dengar, anak ayam ini jadi berwarna sebab telur ayam tu telah disuntik dengan bahan pewarna. Apabila menetas, jadilah seperti yang kita tengok dalam gambar. Aku rasa kalau tengok gambar tak puas sangat kan? Jadi, aku kongsikan sekali videonya. Selamat menonton.. :)

Kredit : 

Sofuan Kalaulah warna ayam ini kekal sampai besar, 
nak sembelih pun tak sampai hati. Hehe..

......


Sabtu, 4 Februari 2012

#46 NILAI INSAN - Tidak Semua Orang Ada


Cantik tak gambar kartun ini? Menarik bukan? Sebenarnya ada kisah disebalik gambar ini? Nak tahu tak? Tak nak? Ok fine! Aku nak cerita juga..

Sebelum aku pergi dengan lebih jauh aku nak kenalkan kepada anda semua dengan pelukis kartun ini dahulu. Ilustrasi ini dilukis oleh seorang pelukis komik yang bernama Irfan Foner. Secara peribadi aku tidak mengenali sangat Irfan Forner ini tetapi aku suka tengok hasil lukisan kartunnya.

Aku ni lansung tiada bakat melukis, jadi aku berasa kagum dan seronok tengok kartunis melakarkan karya-karya kartun mereka. Jadi, aku telah ‘add’ semua kartunis yang aku kenal seperti Ujang, Kartunis Ubi, Kartunis LengkuasFadhli Hamdan (Conteng-Conteng) dan termasuklah Irfan Foner ini di laman sosial facebook.

Suatu hari, Irfan Foner telah muat naik satu gambar kartun yang dikatakan telah muncul dalam mimpinya. Sebaik sahaja tengok gambar tersebut aku terus terfikirkan 'sesuatu' dan aku terus hantar satu mesej ke 'inbox' facebooknya. Ketika itu aku lansung tidak meletakkan sebarang harapan.

Manusia pelik yang dikatakan muncul dalam mimpi Irfan Foner itu. 
Gambar asal klik di sini.

'Mesej' yang aku hantar tersebut adalah permulaan kepada semuanya. Dalam mesej tersebut aku telah buat suatu permintaan kepada Irfan Foner. Aku telah minta dia lukiskan satu gambar yang sentiasa bermain-main dalam fikiran aku ketika itu. Bagi mengetahui dengan lebih jelas ‘mesej’ yang dihantar oleh aku itu, aku 'print screen' di bawah ini supaya semua dapat lihat dan jelas dengannya..


Aku tak sangka yang Irfan Foner telah beri respon yang positif kepada permintaan aku itu. Namun begitu, aku masih tidak meletakkan harapan yang tinggi kerana aku tahu yang dia sibuk dengan kerjanya yang lain. Tambahan pula, aku tidak mampu membayarnya apa-apa. 



Irfan Foner sendiri telah ‘update’ status di facebooknya mengenai permintaan aku itu..



Alhamdullillah, dua hari selepas itu Irfan Foner telah berjaya menyiapkan lukisan yang aku minta dia lukiskan itu. Walaupun lukisan tersebut ada sedikit perbezaan dengan situasi yang aku lihat itu tetapi ianya dan cukup bagi aku. Terima kasih kepada Irfan Foner kerana telah merealisasikan impian aku untuk melihat situasi itu dalam bentuk visual (ilustrasi). Sememangnya, hingga ke hari ini aku tidak dapat melupakan Si Pengemis dan anjing itu. Gambar asal ilustrasi tersebut anda boleh lihat di sini.

*********

Entri kali ini juga aku ingin kaitkan dengan seekor kucing yang bernama Hero. Kisah kucing bernama hero ini pernah masuk dalam Buletin Utama tv3.



Aku pasti walau siapa pun anda, anda pasti terusik dengan kisah Hero ini. Bagi mengetahui kisah Hero ini dengan lebih lanjut, anda boleh carinya di enjin carian google. Taip saja ‘HERO, KUCING BERKAKI DUA.’ Videonya juga banyak di youtube. Anda boleh lihat jika anda seorang yang kuat. Hanya kerana mencuri seekor ikan, kaki Hero dipotong! Jika difikirkan logik akal, tak sangka ada manusia yang lansung tidak berperikemanusiaan seperti itu. Nabi Muhammad sendiri terlalu kasih kepada haiwan terutamanya kucing. Semoga orang yang kutip dan jaga Hero itu mendapat balasan yang baik di dunia dan akhirat. Insya-Allah..

Erm.. aku rasa dua kisah dalam satu entri aku ini telah bawa mesej yang cukup jelas kepada kita semua. Jika manusia dengan haiwan pun boleh ada nilai insannya, kenapa tidak kita sesama manusia. Lupakan segala sengketa. Hidup ini lebih indah dihiasi dengan pelangi daripada asap benci. Akhir kata daripada aku, tepuk dada tanya iman. Jangan tanya selera kerana selera seringkali melampaui batasnya. Dan jika anda mampu, sebarkan mesej keamanan ini kepada semua. Aku tinggalkan dengan dua buah lagu yang aku rasa sesuai dengan kisah yang aku kongsikan pada kali ini. Terima kasih dengan kesetiaan anda..




YOU WILL NEVER FIND IT ANYWHERE ' I K H S A N '

......


Lihat ini juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...