Mengapa harus...


"MENGAPA harus kita menghabiskan waktu MEMIKIRKAN perkara yang BURUK, MENGECEWAKAN dan MENYAKITKAN
sedangkan kita sebenarnya mampu untuk MENEMUKAN banyak hal yang INDAH dan BAIK di sekeliling kita...”

HULUBALANG

JANGAN KLIK ATAS!

Selasa, 5 Jun 2012

#53 Perihal Hantaran...?


Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera..

Sebelum ini apabila mulakan entri, aku asyik merapu sahaja. Kali ini aku ingin terus kepada tajuk. Akhir-akhir ini ramai yang share gambar di atas yang tertera nilai wang hantaran perkahwinan mengikut taraf akademik yang telah dibincangkan di laman sosial sosial. Jadi, pada hari ini aku berhajat untuk membincangkan mengenai perkara ini berdasarkan pemahaman dan juga pandangan aku sendiri.

Aku pasti apabila kita melihat angka-angka tersebut, berbagai-bagai respon yang akan kita terima daripada orang ramai. Antara respon tersebut adalah seperti berikut :

"Kalau macam ni punya harga, sampai bila pun aku tak kahwin oi.."

"Ini dah macam nak jual anak ni.."

"Memang patutlah ikut harga ni, barang-barang sekarang bukan murah-murah cik abang oi.."

... dan berbagai-bagai ayat lain yang terkeluar daripada mulut. Secara jujurnya aku tidak menolak semua respon-respon tersebut. Ada benarnya juga tapi apa kata kita lihat daripada satu aspek yang lain. Aku tak pasti ramai atau tidak yang perasan mengenai perkara ini.

Bagi aku mudah sahaja. Dalam hidup ini kita punya PILIHAN. Aku ingin bertanyakan kepada anda semua. Kenapa perlu kita melatah dengan angka-angka ini? Adakah wang hantaran ini satu keperluan atau bagaimana? Bukankah yang penting MAS KAHWINnya? Jadi, apa masalahnya sekarang?

Bagi aku angka-angka ini hanya statistik sahaja. Tidak semestinya kita perlu ikut untuk perkahwinan kita nanti. Kalau kita ikut pun untuk apa? Adakah sekadar untuk tunjukkan kepada orang ramai yang kita juga mampu mengadakah majlis perkahwinan yang hebat dan grand. Adakah kalau kita kahwin tidak ikut nilai wang hantaran ini, perkahwinan kita nanti tidak akan dilihat hebat? Tidak akan grand? Lagipun yang penting ialah biar perkahwinan itu diberkati oleh ALLAH S.W.T. Bukan dilihat daripada grand ataupun tidak.

Aku berpendapat bahawa tidak perlulah kita ikut orang lain. Mereka buat macam tu mungkin kerana mereka mampu. Kita tidak boleh salahkan mereka. Kembali lihat kepada diri kita. Jika kita juga mampu, aku rasa tiada masalah. Tapi kalau mampu, tak kanlah kita 'berbunyi' kan? Hehe.. Dalam erti kata lain, UKURLAH BAJU DI BADAN SENDIRI. Yang penting adalah majlis tersebut tidaklah membazir untuk perkara-perkara yang tidak penting.


Jika anda perasan setiap entri aku dalam blog aku ini, aku selalu buat analogi dengan perkara lain supaya anda semua faham apa yang aku ingin sampaikan.. Katakan kita ingin membeli baju seperti gambar di atas ini. Kebetulan baju ini dijual di dua tempat iaitu di butik pakaian dan juga di pasar malam. Harga baju di butik lebih mahal berbanding di pasar malam. Kualiti baju ini pula mungkin sama atau baju di pasar malam kurang sedikit kualitinya berbanding di butik tersebut. Baju di butik berharga RM100 tetapi di pasar malam cuma RM30. Jadi, kita sebenarnya punya pilihan sama ada untuk membeli baju di butik atau di pasar malam mengikut kemampuan kita. Begitu juga dengan nilai wang hantaran ini. Kalaupun kita tidak mengikut nilai wang hantaran seperti statistik ini, tidak bermaksud kita gagal untuk mengadakan satu majlis perkahwinan yang baik. Tidak mustahil juga perkahwinan tersebut akan lebih baik jika itu telah dikehendaki oleh-Nya tanpa wang hantaran yang mahal.

(Aku nak keluar sekejap, balik nanti aku sambung.. Keh keh keh)

Kita sambung perbincangan kita yang tertangguh semalam. Maaf sebab semalam tak terus sambung. Hari ini baru datang kerajinan itu. Ada yang ternanti-nanti tak kesudahan kisah yang menyayat hati ini? Hekhek. Kita berbalik kepada soal nilai hantaran ini.

Aku sebenarnya tertarik dengan apa yang telah diperkatakan oleh saudara Hilal Asyraf di facebooknya berkenaan hal ini. Sebelum itu rasanya tidak perlu lagi aku perkenalkan siapa Hilal Asyraf ini kerana beliau agak terkenal dengan penulisannya yang bermotivasi dan mendidik di bawah label LangitIlahi.com. Dalam tulisannya itu, beliau ada menulis seperti ini..


"Buat apa kita ingin habiskan terlalu banyak wang untuk majlis yang beberapa hari sahaja sedangkan bertahun-tahun selepas itu kita terpaksa menanggung hutang dalam kehidupan berumah tangga kita itu. Silap-silap belum habis bayar hutang sudah bercerai-berai. Minta jauh.."

Ada benarnya apa yang diperkatakan oleh beliau itu. Kadang-kadang aku tengok kita ini terlalu sibuk hal orang sedangkan yang nak kahwinnya kita. Kalau mereka mampu biarkan mereka. Kita yang tak mampu ini, buat cara kita yang tak mampu. Sedar diri! Huhu..



Gambar di atas ini adalah contoh kos perbelanjaan untuk satu-satu majlis perkahwinan. Sebenarnya banyak lagi gambar seperti ini tapi aku ambil satu ini sahaja untuk buat contoh dan tunjukkan kepada semua. Jika kita lihat, ada item-item di dalam gambar ini yang aku rasa tidak begitu penting dan boleh kita tiadakan. Itupun sudah dapat jimat banyak. Semua ini atas pilihan kita sendiri sebenarnya.

"Ala Wan.. ang cakap senanglah. Kalau belanja murah nanti orang kata apa pula.."

Baik, aku faham! Tapi ang boleh jamin dengan aku tak yang kalau kita belanja mahal-mahal nanti, orang tak 'cakap' apa-apa tentang majlis kita itu..? Bagi aku tak perlu kita dengar cakap orang. Selagi perkara yang kita buat itu tidak lari dengan agama, adat dan undang-undang negara, tiada siapa boleh cakap apa-apa kepada kita. Kalau mereka nak cakap juga, itu mulut mereka. Video ini mungkin boleh membantu kita menjawab persoalan tersebut : 


Sofuan - Patutlah makin banyak lelaki gay, hantaran mahal rupanya. Hekhek!

......


3 ulasan:

  1. statistik atau tidak, hakikatnya barang memang naik..hahahahaha...Rm10k pon dh kira murah dh tu..xkn nk diskaun lagi..eheheehheehhe

    BalasPadam
  2. pesanan penaja bwh skali tuh xley blah.. keh..keh..keh !

    BalasPadam
  3. ala , nak buat pew kawen mahal2 sampai hutang2 nih , ajal tak panjang , mati dalam keadaan hutang yang banyak , tak pasal2 ti tuhan tanya , kaw belanja kawen banyak2 , bukan kew satu pembaziran ?? hahaha , apew2 je benda yang melalaikan atau yang membawa kepada pembaziran boleh jatuh hukum haram , jadi fikir2 kan larr , hahaha ~ kalaw dah haram , diberkati kerr ?? hehehe ~

    my opinion ek abang sopuan ~~~~ jgn mare ~

    BalasPadam

Lihat ini juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...