Mengapa harus...


"MENGAPA harus kita menghabiskan waktu MEMIKIRKAN perkara yang BURUK, MENGECEWAKAN dan MENYAKITKAN
sedangkan kita sebenarnya mampu untuk MENEMUKAN banyak hal yang INDAH dan BAIK di sekeliling kita...”

HULUBALANG

JANGAN KLIK ATAS!

Ahad, 23 September 2012

#56 Kenapa Tidak Bertanding?


Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera semua..

Apa khabar teman-teman? Diharap semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera di bawah rahmat-Nya. Semalam dan hari ini adalah cuti sekolah. Jadi, aku ada sedikit masa untuk menulis entri ini. Aku tergerak untuk menulis bersempena dengan Pilihan Raya Kampus (PRK) yang sedang 'hangat' di semua IPTA seluruh Malaysia termasuklah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Sebenarnya, sebelum entri ini dikeluarkan ada satu lagi entri blog aku yang masih dalam simpanan 'draf''. Entri yang dalam draf itu bertajuk 'Perkara Yang Guru Boleh Buat Tetapi Pelajar Tidak Boleh.' Baru separuh aku tulis berkenaan itu dan sebelum aku habis praktikum ini, aku akan siapkan dan keluarkan entri tersebut. Semua pun tahu bahawa aku ini bukannya sibuk tetapi malas. Hekhek!

Baiklah, kita kembali kepada topik kita untuk kali ini. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa aku pernah dua kali ditawarkan sebagai calon dalam PRK atas dua tiket yang berbeza tetapi aku menolak dengan baik. Ada beberapa sebab aku menolak untuk tidak tercalon sebagai calon yang bertanding.



1. TIDAK LAYAK

Secara jujurnya aku merasakan bahawa aku ini tiada kebolehan untuk menjadi pemimpin yang baik. Mungkin ada yang tidak bersetuju tetapi aku lebih kenal diri aku sendiri. Seorang pemimpin akan memberi arahan kepada anak buahnya dan sesuatu pekerjaan tersebut akan dilakukan oleh anak buahnya itu. Jika terdapat sebarang masalah, anak buah akan kembali rujuk kepada ketuanya itu. Aku tidak mampu buat seperti itu. Jika ada pekerjaan yang aku mampu buat sendiri, aku akan cuba buat sendiri. Kalau aku suruh orang lain, aku merasakan bahawa aku seperti menyusahkan mereka. Dan ada suatu ketika juga aku tidak yakin dengan orang lain walaupun orang lain sebenarnya mampu buat pekerjaan itu lebih baik daripada aku.

2. SAYANG PERSATUAN

Semua sedia maklum bahawa jika menjadi seorang calon yang bertanding, dia perlu mengosongkan semua jawatannya dalam persatuan lain. Dan jika dia menang, dia juga tidak boleh terlibat dengan persatuan-persatuan lain lagi kerana perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sahaja. Aku ingat lagi, ketika ditawarkan sebagai calon itu, aku masih aktif dalam beberapa persatuan dan aku sayang untuk tinggalkan persatuan-persatuan itu kerana ada beberapa pekerjaan yang aku belum sempat laksana dan selesaikan ketika bersama persatuan itu.

3. TAK KUAT MENTAL

Seorang pemimpin itu bukan sahaja perlu kuat daripada aspek fizikal tetapi juga mental. Perkara ini yang aku tiada jika ingin dibandingkan dengan orang lain. Kelemahan aku adalah tidak mampu untuk menghadapi kritikan daripada orang lain. Jika ada suatu kritikan itu, aku ambil masa lama untuk lupakannya dan kadang-kadang ianya menganggu kehidupan aku. Dalam ayat mudahnya aku tak boleh tahu jika ada orang yang tidak suka aku. Aku tak boleh bayang jika aku jadi pemimpin nanti, ada orang yang akan koyak poster aku, pijak-pijak gambar aku dan lain-lain perbuatan lagi walaupun itu adalah perkara lumrah bagi yang akan terjadi bagi seorang pemimpin. Adalah mustahil untuk kita puaskan semua orang.

Nampak seolah-olah aku ini menyerah sebelum mencuba tetapi inilah diri aku yang sebenarnya. Jadi, jika ada calon-calon yang bertanding dalam PRK dan anda membaca entri ini, aku mahu memberikan kredit kepada anda. TAHNIAH aku ucapkan. Tak semua orang mampu lakukan apa yang anda buat sekarang. Jika anda rasa perjuangan anda itu baik untuk semua, teruskan berjuang! #RESPECT

4. PARAS RUPA

Aku tak nak menang nanti atas dasar paras rupa semata-mata. Hakhak! 


OK, ini tipu. Keh keh keh.


"Siapa kita itu kita, cinta saja jiwa kita, kalau mereka tak suka, pergi MAM*** tak apa.."

......



2 ulasan:

  1. sy suka penulisan anda sahabat. sy pernah berkerjasama anda cuma dalam kumpulan. namun, sy sarankan anda menjadi penasihat kepada pemimpin. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sahabat atas pesanan itu. :)

      Padam

Lihat ini juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...