Mengapa harus...


"MENGAPA harus kita menghabiskan waktu MEMIKIRKAN perkara yang BURUK, MENGECEWAKAN dan MENYAKITKAN
sedangkan kita sebenarnya mampu untuk MENEMUKAN banyak hal yang INDAH dan BAIK di sekeliling kita...”

HULUBALANG

JANGAN KLIK ATAS!

Rabu, 25 Januari 2012

#40 Siapa nak jaga mak?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Jika anda perasan aku tak banyak cerita tentang diri aku atau keluarga aku dalam blog aku ini.  Sejak dari awal aku buat blog ini pun aku cuba elak untuk tulis tentang diri aku ataupun tentang keluarga aku. Entri kali ini juga aku tak pasti sama ada ianya perlu atau  tidak. Akhirnya aku ambil keputusan untuk teruskan sahaja menaip. Tak salah sekali sekala tulis tentang diri aku dan keluarga kan? Hehe. Semua yang aku tulis ini adalah segala yang terdapat dalam fikiran aku dan apa yang aku rasa sekarang. Seandainya suatu hari nanti aku dah ubah fikiran, aku akan padam entri ini. Bukan apa, cerita tentang diri aku terlalu eksklusif untuk dikongsikan kepada umum. Hakhak!

---------------------------------------------
Alhamdullillah, hari ini 24 Januari 2012 telah selesai majlis perkahwinan antara kakak aku, Nora Saadon dengan pasangannya, Ibrahim di rumah keluarga lelaki. Majlis perkahwinan di rumah pihak perempuan telah diadakan pada 22 Januari 2012 yang lalu iaitu 2 hari yang lepas. Pasangan ini telah bernikah pada 21 Januari 2012 bertempat di Masjid Felda Nenering. Terima kasih kepada semua yang hadir pada hari tersebut.

Kad Kahwin

Aku mohon maaf jika ada orang yang aku terlepas pandang atau terlupa untuk jemput ke majlis perkahwinan tempoh hari. Encik Ayah pun dah 7 tahun pergi. Jadi, semuanya kami sendiri yang kena uruskan. Puan Emak pun bukan sihat sangat. Aku dengan abang aku yang sedikit bertungkus-lumus untuk memastikan majlis perkahwinan tersebut berjalan dengan lancar. 
Kelam-kabut juga pada mulanya. Maaf jika ada kekurangan dalam majlis tempoh hari. Terima kasih kepada jiran-jiran dan sanak-saudara yang banyak membantu. Di sini aku ingin kongsikan beberapa gambar pada hari tersebut.

Aku terima nikahnya..

Abg Zahid : Khusyuk je tengok orang akad nikah. Tak lama dah tu.
Aku : Keh keh keh

Makan biadap BERADAB

Puan Emak dan Ayong (Kakak Sulung)

Puan Emak bersama Mak Angkat. Terima kasih kepada Umi Maimunah yang
hadir ke majlis perkahwinan tempoh hari. Dua-dua mak aku sayang.
Seorang lagi mak angkat  yang turut hadir ada di dapur barangkali. 4 lagi mak 
angkat tak dapat datang. Bertuah saya banyak mak. Hehe..

Beberapa hari sebelum majlis perkahwinan ini berlansung, Puan Emak kami pernah berbual sesuatu dengan aku. Perbualan kami itu adalah seperti berikut..

Puan Emak : Kak Lang (Kak Nora) pun dah nak kahwin. Nanti tinggallah mak seorang dekat rumah.
Aku : Taklah mak. Putih kan ada.
Puan Emak : (Cuma tersenyum)


"Nama saya Putih, nama kamu?"

Buat pengetahuan semua, di rumah sekarang hanya ada Kak Nora, adik bongsu aku dan juga Puan Emak. Adik beradik lain semua kerja dan berada di luar. Adik bongsu aku sekarang tahun 5. Aku nampak potensi dia dalam akademik adik bongsu aku ni. Aku yakin dia mampu dapat keputusan yang baik dalam UPSR nanti dan mungkin juga akan sambung persekolahan dalam peringkat menengah di sekolah yang jauh dari rumah seperti adik aku seorang lagi, Haafiz Saadon. Jika itu berlaku, Puan Emak akan keseorangan di rumah ditemani Si Putih yang tidak lagi putih selepas bermain debu tanah. Aku pula pada waktu itu berkemungkinan besar telah habis pengajian di universiti dan jika ada rezeki akan terus dapat penempatan di mana-mana sekolah sebagai seorang guru muda kacak yang diminati dan digilai oleh pelajar sekolah. Tak sabar tunggu saat itu! Keh keh keh. 

Walau bagaimanapun, masa masih lagi panjang. Segala yang kita rancang belum tentu dapat seperti yang dihajati. DIA yang tentukan segalanya. Semoga semuanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja hendak-Nya. Insya-Allah, kami adik-beradik akan cuba sedaya upaya untuk menjaga dan membahagiakan Puan Emak kami. Saya harap anda semua pun begitu juga.. :)

Kami 7 beradik. Al- Fatihah buat arwah abah kami..


******

p/s : Siapa nak tolong jaga puan Emak kami? Hehe..

......


1 ulasan:

Lihat ini juga :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...